Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Renjer, 4 polis cedera dalam serangan 'bom paip', tembakan di Selatan Thai

Empat anggota polis dan seorang renjer cedera dalam siri serangan ‘bom paip’ dan insiden tembakan di Yala, selatan Thailand.

Anggaran Waktu Membaca:
Renjer, 4 polis cedera dalam serangan 'bom paip', tembakan di Selatan Thai

Gambar fail. (Gambar: Scott Olson/AFP)

Diterbitkan : 16 May 2019 06:43PM Dikemas Kini : 16 May 2019 06:47PM

YALA: Empat anggota polis dan seorang renjer cedera dalam siri serangan ‘bom paip’ dan insiden tembakan di Yala, selatan Thailand.

Di Mueang Yala, empat anggota polis yang sedang bertugas di pusat pemeriksaan keselamatan yang terletak di Jalan Sukkayang, Kg Berseng cedera dalam serangan bom paip, kira-kira 7.50 malam (waktu tempatan) pada Rabu malam (15 Mei).

Ketua Polis Wilayah Yala Mej. Jen. Pol. Kerissada Kaewjandi berkata dua individu yang tidak dikenali menaiki motosikal melontar bom paip ke arah pusat pemeriksaan yang ketika itu terdapat enam anggota yang sedang bertugas.

Polis menemui serpihan bom paip buatan sendiri di tempat kejadian, katanya.

“Pada masa yang sama, beberapa serangan bom paip berlaku di pusat pemeriksaan kesemalatan lain iaitu di Jalan Sateng, berdekatan dengan penjara Yala, Krong Pinang dan Khlong Nam Khun. Namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Siri serangan bom paip ini ini dilihat bertujuan untuk mewujudkan keadaan huru-hara di Yala.

“Namun begitu, pihak keselamatan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan pada bulan Ramadan ini,” katanya kepada para pemberita.

Sementara itu, di pusat pemeriksaan keselamatan di Kg Banggul Sina, daerah Jaha, seorang renjer cedera di tangan dan kaki akibat ditembak dari jarak jauh oleh individu yang tidak dikenali.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan