Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja 'tipu' hidap barah dipenjara

Apakah yang akan anda lakukan andainya anak anda memberitahu beliau menghidap barah dan tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 'tipu' hidap barah dipenjara

Hanna Dickenson tipu ibu bapanya dan tetangga lain. (Gambar: Great News And Events/ Facebook)

Diterbitkan : 15 Apr 2018 10:51PM Dikemas Kini : 15 Apr 2018 10:58PM

SYDNEY: Apakah yang akan anda lakukan andainya anak anda memberitahu beliau menghidap barah dan tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup.

Pastinya, fikiran anda akan bercelaru dan anda akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkannya.

Inilah yang dilakukan sepasang peladang tetapi ternyata, anak mereka hanya ingin memperdayakan mereka.

Gara-gara menipu menghidap barah terminal untuk mendapatkan bantuan wang daripada keluarga dan rakannya, Hanna Dickenson, 24,menerima padah selepas dia dihukum penjara tiga bulan.

Hanna dilaporkan menerima A$42,000 (S$42,700) selepas memberitahu ibu bapanya dia memerlukan rawatan perubatan di luar negara.

Namun, wang itu kemudian digunakan untuk berseronok, membeli dadah dan melancong.

Hanna, yang ketika itu berusia 19 tahun meyakinkan ibu bapanya bahawa dia hanya mempunyai beberapa minggu sahaja untuk hidup dan sangat terdesak untuk mendapatkan rawatan yang mampu menyelamatkan nyawanya di New Zealand dan Thailand.

Ibu bapanya yang tidak mampu membiayai rawatan itu, meminta bantuan jiran-jiran dan sahabat mereka, lapor Telegraph.

Jiran mereka, Nathan dan Rachel Cue, menyumbang £11,000 (S$20,490) hasil gadai rumah mereka. Bagaimanapun mereka membuat aduan polis selepas ternampak gambar-gambar Hanna sedang berseronok di laman Facebook.

"Saya mula menyiasat perkara sebenar," kata Encik Cue. "Saya meluangkan masa agak lama untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Saya 100 peratus yakin bahawa saya ditipu. Saya kemudian membuat aduan polis."

Polis kemudian mendakwa Hanna memperoleh harta melalui penipuan. Dia mengaku bersalah terhadap tujuh tuduhan.

Majistret David Starvaggi menyifatkan penipuan dilakukannya sebagai 'perbuatan keji'.

Hanna dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selain diarah melakukan kerja-kerja kemasyarakatan selama 150 jam serta mendapatkan rawatan bagi masalah mental dan penyalahgunaan bahan larangan.

"Hanna seperti hidup dalam dunianya sendiri dan menjalani gaya hidup seperti Walter Mitty," kata majistret David Starvaggi.

"Dia memperdaya orang ramai dengan meminta belas kasihan mereka yang bersifat perikemanusian."

Mahkamah juga mengarahkan Hanna untuk membayar kembali para mangsa. Menurut laporan Telegraph, Hanna kini seorang ejen hartanah. Namun, dia mungkin diberhentikan kerja.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan