Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja Thai dibenarkan pulang dari hospital Khamis nanti

Kesemua 13 mereka berjaya diselamatkan setelah tiga hari dalam misi pimpinan Tentera Laut Thailand SEAL dan sebuah pasukan pakar penyelam gua antarabangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja Thai dibenarkan pulang dari hospital Khamis nanti

Gambar fail remaja-remaja Thai yang diselamatkan.

Diterbitkan : 14 Jul 2018 05:20PM Dikemas Kini : 14 Jul 2018 05:25PM

CHIANG RAI: 12 remaja Thai dan jurulatih bola sepak mereka yang diselamatkan dari sebuah gua yang dilanda banjir di Thailand sedang beransur pulih dengan baik dan dibenarkan pulang dari hospital pada Khamis depan. Ini menurut Menteri Kesihatan Piyasakol Sakolsatayadorn, pada hari ini (14 Jul).

Remaja terakhir daripada 12 anggota pasukan bola sepak "Wild Boars" dan jurulatih mereka dibawa keluar dari gua Tham Luang yang berhampiran sempadan Myanmar, pada malam Selasa (10 Jul) dengan selamat. Ini sekaligus mencetuskan kelegaan dan kegembiraan di kalangan masyarakat antarabangsa.

Remaja-remaja lelaki itu dan jurulatih mereka berada di hospital sejak hari tersebut.

Dalam rakaman video yang disiarkan di satu sidang media pada hari Sabtu (14 Jul), mereka kelihatan sihat, sedang duduk di atas katil, dan mengucapkan terima kasih kepada para penyelamat mereka.

"Saya berada dalam keadaan yang baik sekarang," menurut salah seorang daripada remaja-remaja itu, yang berusia 14 tahun yang bernama Nota.

"Terima kasih kerana menyelamatkan saya."

Remaja-remaja lelaki, berusia antara 11 tahun sehingga 16 tahun, dan jurulatih berusia 25 tahun, merancang untuk meneroka gua tersebut selama sekitar sejam selepas latihan bola sepak pada 23 Jun. Bagaimanapun, hujan lebat mengakibatkan gua itu banjir, sekaligus menyebabkan mereka terperangkap.

Dua penyelam rakyat Britain menjumpai mereka pada 2 Jul, dalam keadaan mencangkung di dalam gua yang sudah dilanda banjir beberapa kilometer di dalam kompleks itu.

Kesemua 13 mereka berjaya diselamatkan setelah tiga hari dalam misi pimpinan Tentera Laut Thailand SEAL dan sebuah pasukan pakar penyelam gua antarabangsa.

Encik Piyasakol memberitahu para wartawan bahawa kesihatan kesemua 13 mangsa sudah bertambah baik. Ada di kalangan mereka mengalami pneumonia ketika dibawa keluar dari gua tetapi sedang beransur pulih. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan