Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja terbabit kes kebakaran pusat tahfiz kemuka rayuan terhadap hukuman penjara

Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dijatuhi hukuman di penjara selama tempoh diperkenankan Yang di-Pertuan Agong setelah didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, memfailkan rayuan terhadap perintah itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja terbabit kes kebakaran pusat tahfiz kemuka rayuan terhadap hukuman penjara

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 24 Aug 2020 05:30PM Dikemas Kini : 24 Aug 2020 05:32PM

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dijatuhi hukuman di penjara selama tempoh diperkenankan Yang di-Pertuan Agong setelah didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, memfailkan rayuan terhadap perintah itu.

Peguamnya Haijan Omar ketika dihubungi Bernama berkata satu notis rayuan difailkan terhadap perintah Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos itu menerusi sistem pemfailan elektronik sehari selepas mahkamah membuat keputusan.

“Kami memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman,” katanya.

Hakim Azman Abdullah menjatuhkan hukuman terhadap remaja itu dengan pertuduhan dikenakan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap 23 tuduhan membunuh yang dikenakan terhadap remaja itu.

Encik Azman berkata kerana remaja itu seorang juvana (berumur 16 tahun) semasa kesalahan itu dilakukan, beliau menggunakan Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 semasa menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Pada 28 Jan 2020, Azman mengarahkan remaja itu membela diri atas pertuduhan membunuh selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Menurut pertuduhan pindaan, remaja itu bersama seseorang yang tidak dicamkan, dituduh membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, antara pukul 4.15 pagi dan 6.45 pagi pada 14 Sep 2017.

Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati wajib jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Seksyen 97(1)  Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan pesalah bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan Seksyen 97(2) akta sama.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan