Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja Saudi yang larikan diri daripada keluarga dalam perjalanan ke Kanada

Remaja perempuan berusia 18 tahun yang melarikan diri daripada keluarganya kerana bimbang akan keselamatan dirinya mendapat perlindungan di Kanada. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jan 2019 08:05AM Dikemas Kini : 12 Jan 2019 11:44PM

BANGKOK/TORONTO: Remaja perempuan berusia 18 tahun yang melarikan diri daripada keluarganya kerana bimbang akan keselamatan dirinya mendapat perlindungan di Kanada.

Demikian menurut Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Jumaat (11 Jan), sedang para pegawai Thailand mengesahkan bahawa remaja itu dalam perjalanan ke Toronto.

Menurut Encik Trudeau, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) meminta Kanada menerima kemasukan Rahaf Mohammed al-Qunun ke negaranya.

Remaja itu menarik perhatian dunia minggu ini setelah beliau mengurungkun dirinya di dalam sebuah bilik hotel di lapangan terbang Bangkok dan enggan dihantar pulang ke pangkuan keluarganya, yang menafikan sebarang penderaan.

"Kanada adalah sebuah negara yang memahami betapa pentingnya untuk mempertahankan hak kemanusiaan, untuk mempertahankan hak-hak wanita di seluruh dunia dan saya boleh mengesahkan bahawa kami sudah menerima permintaan PBB," katanya kepada para wartawan.

Keputusan itu besar kemungkinan akan mejejas lagi hubungan antara Kanada dengan Arab Saudi, yang tahun lalu mengusir duta Kanada ke Riyadh, menyusuli kritikan Ottawa terhadap pihak berkuasa Arab Saudi atas penahanan para aktivis wanita.

Qunun tiba di Bangkok pada Sabtu dan awalnya tidak dibenarkan masuk, tetapi beliau kemudian memuat naik beberapa mesej di Twitter dari kawasan transit lapangan terbang Suvarnabhumi di Bangkok, mengatakan beliau "sudah melarikan diri dari Kuwait" dan nyawanya terancam sekiranya dipaksa pulang ke Arab Saudi.

Setelah mengurung diri selama 48 jam termasuk di bilik hotel lapangan terbang Bangkok, beliau dibenarkan memasuki Thailand dan diterima sebagai seorang pelarian oleh UNHCR.

UNHCR mengalu-alukan keputusan Kanada dan turut mengiktiraf bahawa Thailand sudah memberikan perlindungan sementara kepada Qunun.

Qunun menuduh keluarga beliau menderanya, dan enggan bertemu dengan bapa serta abangnya yang tiba di Bangkok untuk cuba membawanya pulang ke Arab Saudi.

"Permintaannya adalah untuk pergi ke Kanada," ketua imigresen Thailand Surachate Hakparn memberitahu para wartawan. "Beliau masih tidak mahu berjumpa dengan bapa dan abangnya, dan mereka akan pulang ke Arab Saudi malam ini ... Mereka kecewa."

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan