Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja Saudi yang lari dari keluarganya sudah tiba di Toronto

Remaja Arab Saudi berusia 18 tahun yang melarikan diri daripada keluarganya, sudah tiba di Toronto, Kanada.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja Saudi yang lari dari keluarganya sudah tiba di Toronto

Rahaf Mohammed al-Qunun. (Gambar: AP/Sakchai Lalit)

Diterbitkan : 13 Jan 2019 04:27PM Dikemas Kini : 13 Jan 2019 04:31PM

TORONTO: Remaja Arab Saudi berusia 18 tahun yang melarikan diri daripada keluarganya, sudah tiba di Toronto, Kanada.

Rahaf Mohammed al-Qunun menarik perhatian antarabangsa semasa beliau menulis di Twitter bahawa nyawanya dalam bahaya sekiranya beliau dipaksa pulang ke Arab Saudi.

Beliau membuat rayuan kepada masyarakat antarabangsa dari sebuah kamar hotel di lapangan terbang Suvarnabhumi di Bangkok minggu lalu setelah tidak  dibenarkan masuk ke Thailand.

Setelah 48 jam berkurung di hotel tersebut, Rahaf kemudian diberikan status pelarian oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian.

Kanada kemudian bersetuju memberinya perlindungan. Keluarganya menafikan sudah melakukan penderaan ke atas Rahaf seperti yang didakwanya.

Sumber : AFP/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan