Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja perempuan hamil 5 bulan dibelasah teman lelaki

Seorang remaja perempuan yang hamil lima bulan cedera selepas dibelasah tiga lelaki termasuk oleh teman lelakinya sendiri dalam kejadian di Setapak, Isnin lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja perempuan hamil 5 bulan dibelasah teman lelaki

Gambar hiasan wanita hamil. (Gambar: AFP/Loic Venance)

Diterbitkan : 07 Sep 2019 07:51AM Dikemas Kini : 07 Sep 2019 07:55AM

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan yang hamil lima bulan cedera selepas dibelasah tiga lelaki termasuk oleh teman lelakinya sendiri dalam kejadian di Setapak, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Rajab Ahad Ismail berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 2.30 pagi apabila remaja berusia 18 tahun itu dibawa oleh teman lelakinya ke lorong belakang sebuah kolej, sebelum beliau dipukul oleh teman lelakinya bersama dengan dua lagi rakannya dengan objek keras.

Beliau berkata remaja yang cedera di bahagian muka itu kemudiannya ditinggalkan oleh ketiga-tiga suspek di lokasi kejadian, sebelum dibawa oleh bapanya ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan selepas menerima maklumat anaknya cedera dipukul.

“Hasil pemeriksaan mendapati remaja itu hamil lima bulan dan perkara itu tidak diketahui oleh keluarga termasuk bapanya,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat (6 Sep).

Supt Rajab berkata siasatan mendapati remaja itu dipukul kerana sering mendesak teman lelakinya, yang dikenali sebagai ‘Atan’, yang berusia 18 tahun, untuk bertanggungjawab terhadap kandungannya.

Menyusuli kejadian itu, polis menahan tiga suspek termasuk teman lelaki remaja itu, dan mereka ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Kanun Keseksaan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan