Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja peminat tegar Hitler ditahan; rancang lancar serangan ganas

Seorang remaja yang merupakan peminat fanatik Hitler ditahan di Perancis kerana merancang untuk menyerang sekolah menengah dan masjid, lapor agensi berita Anadolu, memetik media tempatan pada Sabtu (3 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja peminat tegar Hitler ditahan; rancang lancar serangan ganas

(Gambar hiasan: Bill Oxford/Unsplash)

Diterbitkan : 03 Oct 2021 08:35PM Dikemas Kini : 03 Oct 2021 08:42PM

PARIS: Seorang remaja yang merupakan peminat fanatik Hitler ditahan di Perancis kerana merancang untuk menyerang sekolah menengah dan masjid, lapor agensi berita Anadolu, memetik media tempatan pada Sabtu (3 Okt).

Akhbar Le Parisien melaporkan remaja berusia 19 tahun itu, yang dikenali sebagai 'Simon', dikatakan merancang untuk melancarkan serangan di sekolahnya dan sebuah masjid berdekatan di wilayah Seine-Maritime di barat laut negara itu.

Dia ditahan beberapa hari lalu oleh pihak berkuasa keselamatan dalam negeri dan dihadapkan ke hadapan hakim antikeganasan pada 1 Oktober.

Menurut akhbar itu, Simon merancang untuk melancarkan serangan pada 20 April iaitu tarikh ulang tahun Hitler dan sebelum pusingan kedua pemilihan presiden di Perancis.

Pihak berkuasa turut menemui 20 bilah pisau, sekurang-kurangnya tiga pistol dan 20 buku nota yang dinamakan sempena nama Hitler di rumah Simon.

Pelajar itu menggambarkan dirinya sebagai "pelampau yang meminati cara politik Hitler".

Menurut Le Parisien, dia merancang untuk melakukan serangan lebih besar daripada kejadian yang pernah berlaku di Sekolah Tinggi Columbine di Littleton, Colorado Amerika Syarikat, pada 20 April 1999 yang mengorbankan 13 nyawa. 

Simon bertindak sedemikian kerana dia pernah menjadi mangsa serangan seksual dan diganggu rakan sedarjah - terdapat 30 nama dalam senarainya.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan