Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja Palestin yang keluarganya diusir Israel, ditahan disyaki tikam wanita Yahudi

Seorang remaja perempuan Palestin yang keluarganya berdepan diusir Israel dari kejiranan Baitulmakdis Timur, ditangkap pada Rabu (8 Dis) kerana disyaki menikam seorang penduduk pendatang Yahudi di depan anak-anaknya, kata penduduk dan polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja Palestin yang keluarganya diusir Israel, ditahan disyaki tikam wanita Yahudi

Penduduk Israel di Sheikh Jarrah, Baitulmakdis Timur adakan bantahan setelah seorang penduduk pendatang ditikam. (Gambar: AHMAD GHARABLI/AFP)

Diterbitkan : 09 Dec 2021 08:19AM Dikemas Kini : 09 Dec 2021 08:27AM

BAITULMAKDIS: Seorang remaja perempuan Palestin yang keluarganya berdepan diusir Israel dari kejiranan Baitulmakdis Timur, ditangkap pada Rabu (8 Dis) kerana disyaki menikam seorang penduduk pendatang Yahudi di depan anak-anaknya, kata penduduk dan polis.

Wanita yang ditikam itu, Moria Cohen, dirawat di hospital kerana cedera sederhana dan dibenarkan pulang pada hari yang sama.

Ketegangan hak atas tanah di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah yang berpanjangan telah menyatukan rakyat Palestin dan Mei lalu mencetuskan pertempuran antara Israel dengan Hamas di Gaza.

Polis Israel menyatakan mereka menahan seorang suspek perempuan berusia 14 tahun di sebuah sekolah selepas serangan di jalan raya itu. Ia juga menangkap "beberapa wanita yang rapat dengannya" untuk disoal siasat.

Cohen, yang tinggal di seberang rumah suspek, dibawa ke hospital dengan pisau sepanjang 30 sentimeter di bahagian belakangnya, kata seorang doktor dan Cohen dibenarkan pulang pada hari yang sama.

Penduduk berkata, dua beradik perempuan dari keluarga Hammad itu, antara keluarga di Sheikh Jarrah yang menghadapi proses diusir dan sedang menunggu keputusan mahkamah tinggi.

Israel menawan Baitulmakdis Timur, Tebing Barat dan Gaza dalam perang 1967. Rakyat Palestin mahukan kawasan-kawasan itu bagi negaranya pada masa hadapan.

Keluarga-keluarga Palestin yang mungkin kehilangan tempat tinggal di Sheikh Jarrah telah tinggal di sana selama berdekad-dekad lamanya. Pendatang Yahudi menuntut tanah itu sebagai milik mereka dan telah mengemukakan dokumen abad ke-19 sebagai bukti.

Beberapa jam selepas kejadian itu, kira-kira 40 penunjuk perasaan pro-petempatan berarak di Sheikh Jarrah, mengibarkan bendera Israel. Sekatan polis memisahkan mereka daripada rakyat Palestin berhampiran yang menghadapi pengusiran.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan