Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja 'genius' Malaysia kecapi tuah di S'pura

Lim Wern Jie, 15 tahun mula mencuri perhatian apabila membangunkan 50 aplikasi digital untuk platform iOS ketika berusia 13 tahun, malah turut meraih pendapatan melalui hasil ciptaannya itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 'genius' Malaysia kecapi tuah di S'pura

Lim Wern Jie. (Gambar: Wern Jie Lim/Facebook)

Diterbitkan : 30 Oct 2018 01:22PM Dikemas Kini : 30 Oct 2018 01:26PM

KUALA LUMPUR: Lim Wern Jie, 15 tahun mula mencuri perhatian apabila membangunkan 50 aplikasi digital untuk platform iOS ketika berusia 13 tahun, malah turut meraih pendapatan melalui hasil ciptaannya itu.

Menurut BH Online, anak kelahiran Pulau Pinang itu antara bakat genius yang pernah menyertai program bakat pintar di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) iaitu #myDigitalMaker. Dia kini melanjutkan pelajarannya di NUS Mathematics and Science Gifted School (NUSHS), di Singapura.

Menurutnya sukatan pelajaran di sekolah Singapura tersebut jauh lebih maju berbanding di Malaysia, lapor BH Online.

"Meskipun kini di tahun ketiga pengajian, saya perlu merujuk buku yang dikhususkan untuk pelajar lebih tinggi, menyamai tahap Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)," kata Wern Jie.

Wern Jie turut memuji persekitaran pendidikan di Singapura dan bagaimana teknologi dimanfaatkan dalam melakukan tugasan sekolah.

Menurut BH Online lagi, dia juga berkongsi bahawa NUSHS menjadi sekolah pilihannya kerana mempunyai minat yang amat mendalam terhadap Matematik dan Sains.

“Antara sebab saya terima tawaran kerana sekolah menawarkan pengajian terbaik dalam pengaturcaraan dan persekitarannya juga membuatkan saya dapat ramai kawan yang boleh berkongsi topik sama.

“Sambungan internet juga lebih laju sehingga empat kali ganda berbanding di tanah air dan harganya lebih murah. Paling penting, saya dapat meneruskan minat dalam subjek matematik termasuk fizik, kimia dan biologi,” katanya lagi.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan