Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja ditembak mati ketika aksi rakaman video TikTok

Seorang remaja India dilaporkan maut selepas ditembak saudaranya ketika mereka sedang beraksi dengan sepucuk pistol buatan sendiri untuk dirakamkan dalam aplikasi Tik Tok. Demikian menurut polis pada Khamis (13 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja ditembak mati ketika aksi rakaman video TikTok

(Gambar: JOEL SAGET/AFP)

Diterbitkan : 14 Jun 2019 09:36AM Dikemas Kini : 14 Jun 2019 09:38AM

NEW DELHI: Seorang remaja India dilaporkan maut selepas ditembak saudaranya ketika mereka sedang beraksi dengan sepucuk pistol buatan sendiri untuk dirakamkan dalam aplikasi Tik Tok. Demikian menurut polis pada Khamis (13 Jun).

Menurut polis, semasa kejadian, remaja berusia 17 tahun dan empat anggota keluarganya - termasuk sepupunya berusia 11 tahun - berada dalam sebuah bilik hotel di Maharashtra barat apabila seorang daripada mereka secara tidak sengaja menarik picu pistol.

“Kami memberkas dua daripada tertuduh dan mendakwa mereka melakukan pembunuhan dan cubaan membunuh," kata pegawai polis Anil Katke.

“Dua orang lagi melarikan diri."

Beliau menambah keempat-tempat suspek yang cemas itu sempat mengancam kakitangan hotel dengan pistol sebelum melarikan diri.

Pada April lalu, India mengharamkan aplikasi perkongsian video Tik Tok tetapi terpaksa membenarkannya semula selepas ditentang dalam mahkamah.

Ramai penggubal undang-undang India mengkritik platform tersebut yang mereka anggap sebagai mempromosi ‘kegiatan tidak bermoral’ dan ‘menghakis nilai budaya’.

Namun ia kekal sebagai salah satu aplikasi paling popular di India dengan sekitar 300 juta pengguna.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan