Images
  • Freya Heddington
    Freya Heddington. (Gambar: Petikan dari video)

Remaja Britain terima jantung 'dihidupkan semula' di luar tubuh

BRITAIN: Seorang remaja 14 tahun di Britain menerima jantung baru yang 'dihidupkan semula' oleh pakar bedah pemindahan organ itu.

Lazimnya jantung penderma diambil semasa masih berdenyut.

Namun satu prosedur baru membolehkan jantung yang sudah berhenti digerakkan semula setelah alat sokongan hayat pendermanya dihentikan.

Freya Heddington mengalami masalah jantung kardiomiopati yang menyebabkannya mudah berasa penat, sakit dada dan sukar bernafas.

Dia memerlukan pemindahan jantung dan dijangka perlu menunggu dua tahun untuk mendapatkan jantung baru.

Bagaimanapun Freya menerima jantung baru dalam tempoh hanya dua bulan menerusi teknologi dan prosedur baru itu.

Sebelum ini, prosedur tersebut hanya digunakan kepada orang dewasa tetapi Hospital Royal Papworth bersama Hospital Great Ormond Street berganding bahu untuk memastikan kanak-kanak juga boleh meraih faedahnya.

Freya merupakan antara enam remaja Britain yang sudah menerima jantung baru melalui prosedur berkenaan.

Hanya empat lagi prosedur itu sudah dilakukan di seluruh dunia. 

- Agensi berita/NZ/nk

Top