Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja Belanda berontak, bakar kemudahan ujian COVID-19

Sekumpulan remaja merusuh pada malam pertama Belanda melaksanakan perintah berkurung dengan membakar kemudahan-kemudahan ujian COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja Belanda berontak, bakar kemudahan ujian COVID-19

Pegawai polis mengambil gambar lokasi ujian COVID-19 yang dibakar. (Gambar: AP/Photo/Peter Dejong)

Diterbitkan : 24 Jan 2021 09:18PM Dikemas Kini : 24 Jan 2021 09:21PM

BELANDA: Sekumpulan remaja merusuh pada malam pertama Belanda melaksanakan perintah berkurung dengan membakar kemudahan-kemudahan ujian COVID-19 dan melempar mercun ke arah polis di sebuah perkampungan nelayan di negara itu.

Menurut polis, hari ini (24 Jan) pihaknya mengeluarkan denda kepada lebih 3,600 orang di merata negara kerana melanggar perintah berkurung antara pukul 9.00 malam waktu tempatan pada Sabtu (23 Jan) sehingga pukul 4.30 pagi hari ini. Polis juga memberkas 25 orang kerana melanggar perintah berkurung atau berkelakuan ganas.

Satu rakaman video dari kampung Urk, sekitar 80 kilometer dari timur laut Amsterdam, menunjukkan sekumpulan remaja memecah masuk kemudahan bagi menjalankan ujian saringan COVID-19 dekat pelabuhan di kampung itu sebelum membakarnya.

Polis dan pihak berkuasa perbandaran di sana mengeluarkan kenyataan hari ini menyuarakan rasa marah terhadap rusuhan tersebut, "dari melemparkan mercun dan batu untuk merosakkan kereta polis hingga membakar tempat ujian".

"Ini bukan sahaja tidak boleh diterima sama sekali tetapi juga satu tamparan, khususnya bagi kakitangan penguasa kesihatan yang bertungkus lumus di pusat ujian itu untuk membantu penduduk Urk," tegas pihak berkuasa, sambil menambah perintah berkurung itu akan dikuatkuasakan sepanjang minggu ini.

Akibat kebakaran di lokasi ujian tersebut, yang tinggal hanyalah rangka kemudahan tersebut. 

Sumber : AP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan