Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja 18 tahun meninggal dunia setelah pengsan di pusat beli-belah

Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun pengsan lalu meninggal dunia semasa sedang mencari kerja di sebuah pusat beli-belah di Negeri Sembilan.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 18 tahun meninggal dunia setelah pengsan di pusat beli-belah

Remaja meninggal dunia semasa sedang mencari kerja. (Gambar: Polis Malaysia)

Diterbitkan : 08 Jan 2018 10:09AM Dikemas Kini : 08 Jan 2018 10:11AM

JEMPOL, MALAYSIA: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun pengsan lalu meninggal dunia semasa sedang mencari kerja di sebuah pusat beli-belah di Negeri Sembilan.

Menurut laporan New Straits Times (NST), remaja itu, yang dikenal pasti oleh polis sebagai Amiratul Hakimah Ismail, sedang mencari kerja bersama rakannya di Pusat Beli-Belah Kiara Square di Bahau sekitar pukul 12.30 tengah hari semalam (7 Jan).

Tiba-tiba, Amiratul memberitahu rakannya beliau berasa kurang sihat dan berasa seperti mahu pengsan, sebelum Allahyarhamha tidak sedarkan diri.

Harian Metro pula memetik polis sebagai menyatakan Amiratul kemudian kembali sedar dan memberitahu rakannya beliau berasa mual.

Setelah itu, Allahyarhamha duduk di sebuah bangku di pusat beli-belah tersebut dan tercungap-cungap cuba bernafas sebelum pengsan sekali lagi, tambah Harian Metro.

Orang ramai yang menyaksikan insiden itu segera menghubungi pasukan khidmat kecemasan dan paramedik mengesahkan Amiratul meninggal dunia sebaik sahaja mereka tiba di lokasi.

Menurut polis, jenazah Allahyarhamha dikejarkan ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat dan kes itu dikategorikan sebagai kematian mengejut.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan