Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja 17 tahun tikam bayi 9 kali setelah lahirkannya

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun berulang kali menikam bayinya yang baru lahir, sebelum meletakkan mayat bayi itu di pekarangan rumah jirannya. Remaja itu kemudian tidur, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 17 tahun tikam bayi 9 kali setelah lahirkannya

Erica Gomez didakwa menikam bayinya sembilan kali sejurus selepas melahirkannya. (Gambar: Petikan video Fox News)

Diterbitkan : 08 Mar 2018 09:26PM Dikemas Kini : 08 Mar 2018 09:31PM

TEXAS: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun berulang kali menikam bayinya yang baru lahir, sebelum meletakkan mayat bayi itu di pekarangan rumah jirannya. Remaja itu kemudian tidur, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Menurut laporan Fox News, Erica Gomez didakwa dengan tuduhan membunuh, yang dilakukannya pada 9 Februari.

Menurut dokumen-dokumen mahkamah, Gomez mengaku melahirkan anaknya di bilik air. Dia membungkus bayinya dengan tuala dan meletakkannya di rumah jiran.

Gomez tidak memberitahu siapa-siapa kerana dia berasa takut, menurut polis seperti ditukil Fox News.

Ketika dia sedang tidur, ibu Gomez menyedari anaknya itu mengalami pendarahan lalu mengejarkannya ke hospital. Doktor-doktor di hospital mengatakan dia mengalami keguguran.

Rahsia Gomez terbongkar apabila jirannya yang berusia 13 tahun menemukan mayat bayi itu di pekarangan rumahnya.

Menurut polis, mayat bayi itu terbiar di pekarangan rumah tersebut selama 12 jam.

Bayi tersebut ditikam sebanyak sembilan kali – tiga di bahagian leher, satu di bahagian sisi dan lima di bahagian belakang, lapor Fox News.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan