Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Relawan hulur bantuan bagi bekas banduan Myanmar teruskan kehidupan

Bekas-bekas banduan di Myanmar sering menghadapi stigma selepas dibebaskan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Mar 2018 08:55PM Dikemas Kini : 04 Mar 2018 10:44PM

YANGON: Bekas-bekas banduan di Myanmar sering menghadapi stigma selepas dibebaskan.

Tiada program untuk membantu mereka kembali ke pangkuan masyarakat kerana kurangnya dana. Namun kini, ada sekumpulan relawan yang menawarkan sedikit bantuan.

Kyaw Lin Myint misalnya berada dalam penjara ketika anak lelakinya dilahirkan setahun lalu.

Tetapi kini setelah dibebaskan, dia bimbang tentang cara untuk menyara hidup anaknya.

Myint dipenjara selama lebih setahun dan dia dibebaskan tanpa sebarang wang atau pekerjaan. Mujur ada badan amal yang membantu bekas banduan ini.

Win Naing Htwe menjadi sukarelawan dan mengeluarkan duitnya sendiri untuk membantu bekas banduan.

Kehilangan seorang teman baik yang pernah masuk penjara, meyakinkannya bekas banduan tidak harus dilabel sebagai orang asing dalam kehidupan.

Penjara Insein yang sesak di bandar Yangon mempunyai lebih 12,000 banduan iaitu tiga kali ganda jumlah sebenar yang boleh ditampungnya.

Di penjara itulah para relawan menawarkan bantuan kepada mereka yang baru dibebaskan. Selain bantuan kewangan, beberapa perniagaan juga sedia menawarkan pekerjaan.

Misalnya, sebuah kedai membaiki telefon bimbit mengambil sekitar lima bekas banduan bagi tempoh enam bulan akan datang.

Meskipun tiada perangkaan tentang kadar banduan yang kembali di penjara, masih ada yang berusaha membantu bekas banduan memulakan kehidupan baru dan menjadi warga yang berguna.

Sumber : Agensi berita/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan