Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Rekod tuala wanita terpanjang dicipta di India, galak kebersihan ketika haid

Para peserta di sebuah kongres perubatan di India mencatat rekod dunia Guinness yang baru bagi barisan tuala wanita terpanjang, dalam langkah bertujuan mempromosikan kebersihan ketika haid.

Anggaran Waktu Membaca:
Rekod tuala wanita terpanjang dicipta di India, galak kebersihan ketika haid

500 peserta mengambil masa tujuh setengah jam untuk meletakkan 10,105 tuala wanita dalam barisan sepanjang 1,078 meter. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 11 Jan 2019 11:08PM Dikemas Kini : 11 Jan 2019 11:12PM

NEW DELHI: Para peserta di sebuah kongres perubatan di India mencatat rekod dunia Guinness yang baru bagi barisan tuala wanita terpanjang, dalam langkah bertujuan mempromosikan kebersihan ketika haid.

Seramai 500 peserta Kongres Obstetrik dan Sakit Puan Seluruh India (AICOG) ke-62 mengambil masa tujuh setengah jam untuk meletakkan 10,105 tuala wanita dalam barisan sepanjang 1,078 meter.

Acara di Bangalore, selatan India itu disahkan pegawai rekod dunia Guinness yang juga memasukkan bentuk rahim di bawah slogan ‘Tiada lebih comel berbanding rahim anda’.

“Tuala wanita diperlukan setiap wanita untuk kebersihan mereka.

“Kebersihan juga penting kerana jika tidak, ia akan menyebabkan jangkitan pada bahagian pelvis, jangkitan saluran kencing dan semua masalah di bahagian tersebut,” kata pakar sakit puan, Geeta Pramod Shanbhag.

Menurut laporan Tinjauan Kesihatan Keluarga Kebangsaan (NFHS) yang diterbitkan pada 2017, cuma 58 peratus wanita India yang berusia antara 15 hingga 24 tahun menggunakan kaedah perlindungan haid itu, lapor akhbar Hindu.

Julai lalu, India menarik balik cukai kontroversi ke atas tuala wanita susulan kempen diketuai aktivis dan bintang Bollywood untuk meningkatkan pendidikan dan memperkasakan wanita.

Satu kajian oleh WaterAid dan UNICEF mendapati lebih satu pertiga gadis di Asia Selatan tidak datang sekolah ketika haid.

Sumber : AFP/SU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan