Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ratusan tunjuk perasaan di London; dipengaruhi gerakan jaket kuning di Perancis

Di London, ratusan penunjuk perasaan pro Brexit dan kumpulan yang menentangnya melancarkan tunjuk perasaan di jalan-jalan raya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Ratusan tunjuk perasaan di London; dipengaruhi gerakan jaket kuning di Perancis

Para penunjuk perasaan. (Gambar: Daniel Leal-Olivas/AFP)

Diterbitkan : 13 Jan 2019 04:35PM Dikemas Kini : 13 Jan 2019 04:40PM

LONDON: Di London, ratusan penunjuk perasaan pro Brexit dan kumpulan yang menentangnya melancarkan tunjuk perasaan di jalan-jalan raya.

Para penunjuk perasaan itu dikatakan menerima inspirasi dari gerakan jaket kuning di Perancis.

Polis terpaksa bertindak menyuraikan bantahan antara kedua-dua kumpulan itu, apabila bantahan bertukar ganas.

Kumpulan yang menentang Brexit melahirkan kekecewaan terhadap langkah-langkah penjimatan ketat dan menuntut supaya satu pilihan raya segera diadakan.

Tunjuk perasaan itu dilancarkan tiga hari sebelum undian di parlimen terhadap rancangan Perdana Menteri Britain, Theresa May untuk keluar dari Kesatuan Eropah menjelang Mac ini. 

Sumber : AFP/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan