Ratusan ribu rakyat Perancis sambut Les Bleus selepas juarai Piala Dunia 2018
Dengan menaiki bas terbuka para pemain secara bergilir-gilir menjulang "piala emas" yang menjadi simbol pengesahan mereka sebagai juara dunia.
PARIS: Juara baru Piala Dunia pulang ke tanah air dengan disambut sebagai 'wira" oleh ratusan ribu rakyat Perancis.
Sebaik tiba di kota Paris pasukan Les Bleus dibawa berarak sekitar Champs-Elysees di mana beribu-ribu orang peminat sedang menanti untuk menyambut idola mereka.
Dengan menaiki bas terbuka para pemain secara bergilir-gilir menjulang "piala emas" yang menjadi simbol pengesahan mereka sebagai juara dunia.
Selepas itu para pemain diberi satu lagi penghormatan - menjadi tetamu khas Presiden Emmanuel Macron dan isteri di Istana Elysee.
Presiden Macron sudah berjanji untuk memberi anugerah "Legion of Honour" sebagai menghargai "jasa luar biasa" mereka kepada negara.
Ini kali kedua pasukan Perancis menjulang Piala Dunia selepas menundukkan Croatia 4-2 pada perlawanan akhir Ahad lalu (15 Jul).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.