Images
  • landslide rohingya
    Tanah runtuh menjejas pelarian Rohingya (Gambar: AFP)

Ratusan ribu pelarian Rohingya diancam monsun

DHAKA: Ratusan ribu pelarian Rohingya yang tinggal di kem-kem di Bangladesh menghadapi ancaman banjir besar dan tanah runtuh akibat hujan monsun yang bermula sejak Khamis lalu.

Sejauh ini seorang pelarian dilaporkan mati kerana cuaca buruk itu.

Program Makanan Sedunia (WFP) dan beberapa pertubuhan kemanusiaan sedang menjalankan operasi bagi membantu para pelarian di kem-kem di kawasan Cox's Bazar.

Beg-beg pasir dan konkrit digunakan untuk membuat tembok di kawasan bercerun bagi mencegah atau melindungi daripada kejadian tanah runtuh.

Selain itu bekalan makanan dan air minum sedang diagihkan kepada kira-kira 11,000 pelarian yang sudah dilanda cuaca buruk.

Hujan lebat diramal berterusan sehingga Selasa depan.

Cik Gemma Snowdon, kakitangan WFP di Cox Bazar, berkata situasi di kem-kem adalah "serius" menyusuli hujan lebat yang tak terhenti-henti selama beberapa hari.

Namun beliau menambah badan tersebut sedang bersiap sedia dan akan memberikan respons pantas jika keadaan semakin genting.

Dalam satu lawatan ke kem Kutupalong di Cox Bazar pada Rabu, mantan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon menyuarakan keprihatinan terhadap kesan cuaca di kawasan itu.

Encik Ban, yang membuat lawatan sebagai ketua Suruhanjaya Global bagi Penyesuaian kepada perubahan iklim (GCA), berkata beliau "amat bersedih dan kecewa" terhadap keadaan yang dilihatnya di kem Kutupalong.

- Agensi berita/MU/TQ/tq

Top