Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ratusan diberkas dalam bantahan pilihan raya Kazakhstan

Polis di Kazakhstan memberkas ratusan penunjuk perasaan pada Ahad (9 Jun), ketika pilihan raya diadakan untuk memilih presiden baru pertama negara itu dalam tempoh 30 tahun menyusuli pengunduran pemimpin Nursultan Nazarbayev.

Anggaran Waktu Membaca:
Ratusan diberkas dalam bantahan pilihan raya Kazakhstan

Polis di Kazakhstan memberkas ratusan penunjuk perasaan pada Ahad. (Gambar: VYACHESLAV OSELEDKO/AFP)

Diterbitkan : 10 Jun 2019 09:21AM Dikemas Kini : 10 Jun 2019 09:29AM

ALMATY: Polis di Kazakhstan memberkas ratusan penunjuk perasaan pada Ahad (9 Jun), ketika pilihan raya diadakan untuk memilih presiden baru pertama negara itu dalam tempoh 30 tahun menyusuli pengunduran pemimpin Nursultan Nazarbayev.

Pengganti pilihan beliau, Encik Kassym Jomart-Tokayev, 66 tahun, diramalkan memenangi pilihan raya itu yang turut ditandingi enam calon lain.

Bantahan semalam (9 Jun) dianggap yang terbesar pernah berlaku di negara Asia Tengah itu dalam tiga tahun. Para penunjuk perasaan menggesa pemulauan ke atas apa yang mereka anggap sebagai keputusan pilihan raya yang sudah ditetapkan.

Keadaan bertambah teruk kerana mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas para penunjuk perasaan dan pihak polis menggeledah kediaman para aktivis.

Para koresponden AFP di dua bandar utama Kazakhstan, Nur-Sultan dan Almaty menyaksikan ratusan penangkapan pada Ahad.

Dua wartawan AFP termasuk ialah di antara mereka yang ditahan polis di bandar terbesar Almaty di mana polis cuba meleraikan ratusan penunjuk perasaan.

Seorang koresponden AFP dibawa ke sebuah balai polis, sebelum dibebaskan sementara peralatan seorang lagi wartawan agensi media itu dirampas.

Para wartawan untuk Radio Free Europe/Radio Liberty, Petr Trotsenko dan wakil NGO hak asasi, Jawatankuasa Helsinki Norway, Marius Fossum turut ditahan, namun kemudian dibebaskan.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan