Images
  • protest indonesia
    Gambar: SAIFULBAHRI ISMAIL/Twitter

Ratusan berkumpul di Jakarta bantah tindakan Trump

JAKARTA: Antara 200 hingga 500 orang menyertai rapat bantahan di ibu kota Indonesia mengutuk keputusan Presiden Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

DiJakarta, satu tunjuk perasaan yang tertumpu di kawasan sekitar Kedutaan Amerika diadakan siang tadi (8 Dis).

Menjelang tunjuk perasaan tersebut, polis Indonesia sudahpun mengetatkan kawalan di Kedutaan Amerika.

Pihak kedutaan juga sebelum ini menasihati rakyat Amerika supaya mengelakkan tempat-tempat di mana berlaku tunjuk perasaan.

Konsulat Amerika di bandar Surabaya juga menggantung khidmat awamnya hari ini.

Tunjuk perasaan itu merupakan respons menunjukkan pendirian orang ramai di ngera itu yang sejak sekian lama Indonesia menyokong gagasan "huraian dua negara" bagi konflik Israel-Palestin.

- CNA/MU/sm

Top