Ratusan bantah supaya keganasan terhadap wanita dihentikan
Ratusan orang berarak di jalan-jalan raya di pusat ibu kota Jakarta hari ini (3 Mac) bagi mendesak agar dihentikan tindakan keganasan terhadap wanita di negara itu.
INDONESIA: Ratusan orang berarak di jalan-jalan raya di pusat ibu kota Jakarta hari ini (3 Mac) bagi mendesak agar dihentikan tindakan keganasan terhadap wanita di negara itu.
Pihak penganjurnya menuntut perlindungan bagi hak-hak wanita serta kumpulan-kumpulan terpinggir seperti golongan buruh pendatang.
Satu laporan Suruhanjaya Nasional Perempuan atau Komnas Perempuan menyatakan hampir 270,000 kes keganasan terhadap wanita berlaku di Indonesia tahun lalu.
Menurut laporan itu lagi, undang-undang yang ada sekarang masih belum dapat menjamin perlindungan terhadap wanita.
Sehubungan dengan itu pihak penganjur menggesa agar rang Undang-undang Pembasmian Keganasan Seksual, dimeterai.
Menurutnya, pihak berkuasa masih buntu di parlimen sejak tahun 2016 dan tiada pindaan diusulkan bagi rang undang-undang tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.