Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ratu Elizabeth buat penampilan pertama di khalayak ramai sejak dimasukkan ke hospital

Ratu Elizabeth akan menghadiri Upacara Hari Peringatan pada Ahad (14 Nov), menurut Istana Buckingham, dalam penampilannya yang pertama di khalayak ramai sejak beliau dimasukkan ke hospital semalaman pada bulan lalu dan dinasihatkan supaya berehat.

Anggaran Waktu Membaca:
Ratu Elizabeth buat penampilan pertama di khalayak ramai sejak dimasukkan ke hospital

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Nov 2021 07:58AM Dikemas Kini : 12 Nov 2021 08:00AM

LONDON: Ratu Elizabeth akan menghadiri Upacara Hari Peringatan pada Ahad (14 Nov), menurut Istana Buckingham, dalam penampilannya yang pertama di khalayak ramai sejak beliau dimasukkan ke hospital semalaman pada bulan lalu dan dinasihatkan supaya berehat.

Pada bulan lalu, Ratu Elizabeth yang berusia 95 tahun bermalam di hospital buat kali pertama dalam beberapa tahun untuk apa yang pihak istana sifatkan sebagai "siasatan awal" bagi penyakit yang belum dikenal pasti.

Beliau kemudian dinasihatkan supaya berehat dan menjalankan kerja-kerja ringan sepanjang beberapa minggu lalu termasuk mengadakan pertemuan secara mata dengan beberapa orang.

"Ratu Elizabeth akan menghadiri upacara Hari Peringatan tahunan di Cenotaph pada Ahad, 14 November," menurut Istana Buckingham dalam satu kenyataan pada Khamis (11 Nov) tentang upacara untuk memperingati mereka yang terbunuh dan cedera dalam insiden konflik.

"Sambil mematuhi nasihat oleh para doktor baru-baru ini, Ratu Elizabeth memutuskan untuk tidak menghadiri upacara 'General Synod' dan Sesi Pembukaan pada Selasa, 16 November."

Ratu Elizabeth, yang merupakan ratu bagi lagi 15 negara termasuk Australia, Kanada dan New Zealand dan pada tahun depan meraikan ulang tahun ke-70 berada di takhta, diketahui sebagai seorang yang sihat.

Ratu Elizabeth yang sering kali menjalankan tugas rasmi awam walaupun pada usianya yang meningkat, menarik diri daripada pelbagai acara seperti sidang puncak COP26 dan satu lawatan ke Ireland Utara sebagai langkah berjaga-jaga menyusuli penyakit itu, yang tidak berkaitan dengan COVID-19.

Namun, pihak Istana menyatakan bahawa ratu tertua dan paling lama bertakhta di dunia mempunyai "hasrat teguh" untuk menghadiri upacara peringatan tahunan bagi para veteran.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan