Rating PM Australia menjunam akibat kebakaran hutan; dituduh lembap bertindak
Rating Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menjunam dengan mendadak, sedang pemerintah pimpinannya bergelut untuk menangani kebakaran hutan yang sudah meragut 28 nyawa dan memusnahkan 2,000 kediaman, dedah satu tinjauan politik hari ini (13 Jan).
MELBOURNE: Rating Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menjunam dengan mendadak, sedang pemerintah pimpinannya bergelut untuk menangani kebakaran hutan yang sudah meragut 28 nyawa dan memusnahkan 2,000 kediaman, dedah satu tinjauan politik hari ini (13 Jan).
Morrison berdepan dengan kecaman hebat kerana dianggap lembap dalam menangani krisis tidak dijangka itu, malah tergamak membawa keluarganya bercuti ke Hawaii sedangkan api masih marak di Australia.
"Kami mendapat mesej itu dengan jelas daripada rakyat Australia," menurut Bendahari Josh Frydenberg pada Isnin, apabila ditanya mengenai keputusan tinjauan itu sambil mengumumkan dana perlindungan hidupan liar bernilai AS$50 juta (S$67 juta).
"Mereka ingin melihat Pemerintah Persekutuan mengambil tindakan secara langsung terhadap bencana negara dan bencana alam sedemikian," kata Encik Frydenberg.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.