Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rasa terganggu dengan turbin angin boleh jejas mutu hidup

Kediaman berdekatan turbin angin mungkin jejas mutu hidup penduduk

Anggaran Waktu Membaca:
Rasa terganggu dengan turbin angin boleh jejas mutu hidup

Gambar fail turbin-turbin. (Gambar: AFP/Maurizio Gambarini)

Diterbitkan : 08 Jul 2018 11:34PM Dikemas Kini : 13 Jul 2018 11:43PM

REUTERS: Mereka yang dapat melihat turbin angin dari rumah mereka mungkin akan lebih terganggu oleh mesin-mesin itu dan lebih cenderung untuk mengadu tentang isu-isu berhubung mutu hidup berbanding individu yang tinggal lebih jauh dari turbin-turbin angin, menurut satu kajian yang disokong industri berkenaan.

Penggunaan turbin angin untuk menjana elektrik meningkat sejak kebelakangan ini sebagai satu sumber tenaga bersih yang tidak menyebabkan pencemaran udara atau menyumbang kepada pemanasan bumi. Bagaimanapun, dengan lebih banyak turbin sedemikian dibina, sesetengah para penduduk di kawasan berhampiran mengadu tentang bunyi bising yang menjejas mutu hidup mereka, seperti yang dirakamkan dalam Jurnal Persatuan Akustik Amerika.

Berdasarkan kajian terbaru itu, sekumpulan penyelidik dari Universiti Toronto dan Ramboll yang membiayai kajian itu ingin menentukan bagaimana jarak kediaman dari turbin angin menjejas mutu hidup penduduk menganalisa semula data yang dikumpulkan kerajaan Kanada pada 2012 dan 2013.

Para pengkaji mendapati bahawa mereka yang tinggal lebih dekat dengan turbin angin melaporkan pelbagai faktor kesihatan fizikal yang mampu mempengaruh mutu kehidupan.

Jarak yang lebih jauh dari turbin angin pula melaporkan kesan sekitaran lebih tinggi terhadap mutu kesihatan persekitaran.

Namun, para penyelidik tidak menjumpai sebarang kaitan antara bunyi bising dari turbin angin dengan kesihatan fizikal.

Kajian itu juga bukan satu eksperimen terkawal bagi membuktikan sama ada tinggal lebih dekat atau bagaimana jika tinggal dekat dengan turbin angin mungkin menjejas kesihatan manusia. Satu lagi keterbatasannya adalah para penyelidik tidak mempunyai cukup data mengenai bunyi bising sebaliknya bergantung kepada simulasi bunyi bising yang dijana model turbin angin.

Para peserta yang bersetuju untuk menyertai tinjauan asal juga mungkin sudah mempunyai pendapat yang kuat tentang turbin angin berbanding mereka yang enggan mengambil bahagian. 

Sumber : Reuters/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan