Images
  • pm
    Encik Ranil Wickremesinghe. (Gambar: Ishara S Kodikara/AFP)

Ranil Wickremesinghe kembali menyandang jawatan Perdana Menteri Sri Lanka

SRI LANKA: Encik Ranil Wickremesinghe kembali menyandang jawatan Perdana Menteri hari ini (16 Dis) selepas dipecat pada 26 Oktober lalu.

Keputusan Presiden Sri Lanka melantik semula Encik Wickremesinghe mengakhiri krisis politik yang membelenggu negara Selatan Asia itu selama hampir dua bulan.

Encik Wickremesinghe disingkirkan daripada jawatannya secara mengejut dan digantikan dengan Encik Mahinda Rajapaksa.

Bagaimanapun Encik Rajapaksa tidak dapat menjalankan tugasnya selepas beberapa kali gagal mendapat undi yakin di parlimen.

Beliau kemudian meletak jawatan semalam (15 Dis), merintis jalan bagi pelantikan semula Encik Wickremesinghe, sekali gus mengakhiri perebutan kuasa antara kedua-dua pihak.

- AFP/MM/na

Top