Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rangka manusia ditemui di bawah jambatan

Satu rangka manusia dipercayai lelaki ditemui di bawah Jambatan Raja Muda Nazrin dekat Lenggong, Khamis petang (10 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Rangka manusia ditemui di bawah jambatan

Gambar fail. (Gambar: Scott Olson/AFP)

Diterbitkan : 11 Jan 2019 08:06AM Dikemas Kini : 11 Jan 2019 08:12AM

GERIK: Satu rangka manusia dipercayai lelaki ditemui di bawah Jambatan Raja Muda Nazrin dekat Lenggong, Khamis petang (10 Jan).

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Ismail Che Isa berkata rangka itu ditemui oleh orang awam dan memaklumkan kepada polis pada kira-kira 3.00 petang.

Beliau berkata mengikut siasatan polis, berdasarkan cebisan pakaian pada rangka tersebut, berkemungkinan lelaki itu sudah meninggal dunia sejak sebulan lalu.

“Rangka manusia ini belum dikenal pasti identitinya dan bedah siasat akan dijalankan di Hospital Gerik esok,” katanya dalam kenyataan pada Khamis malam.

Encik Ismail berkata sebelum ini, pihaknya ada menerima aduan mengenai orang hilang dan asid deosiribonukleik (DNA) keluarga orang hilang itu akan diambil bagi mengenal pasti sama ada identiti rangka berkenaan adalah orang yang sama.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan