Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rang ekstradisi sudah 'terkubur', kata Carrie Lam

Pemimpin Hong Kong Carrie Lam pada Selasa (9 Jul) mengumumkan bahawa rang undang-undang ekstradisi yang mencetuskan krisis politik terbesar di bandar itu dalam tempoh berpuluh-puluh tahun, kini sudah 'terkubur'.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jul 2019 02:09PM Dikemas Kini : 10 Jul 2019 09:54AM

HONG KONG: Pemimpin Hong Kong Carrie Lam pada Selasa (9 Jul) mengumumkan bahawa rang undang-undang ekstradisi yang mencetuskan krisis politik terbesar di bandar itu dalam tempoh berpuluh-puluh tahun, kini sudah 'terkubur', sambil mengakui bahawa usaha pemerintah berhubung rang tersebut "adalah satu kegagalan sama sekali".

Rang undang-undang itu jika diluluskan akan membolehkan penduduk di Hong Kong diekstradisi ke China untuk dibicarakan dan ini mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran yang kadangkalanya bertukar ganas di tanah bekas jajahan British itu.

Pada pertengahan Jun, Cik Lam menggantung rang tersebut menyusuli bantahan-bantahan tersebut. Namun pada Selasa beliau mengatakan "terdapat kesangsian terhadap keikhlasan pemerintah atau kebimbangan mengenai sama ada pemerintah akan menyambung semula proses itu dalam majlis perundangan".

"Maka itu, saya ingin tekankan di sini bahawa tiada lagi rancangan sedemikian - rang undang-undang itu sudah terkubur," dedah beliau semasa satu sidang media.

Pengisytiharan Cik Lam itu kelihatan seolah-olah seperti satu kemenangan bagi pihak-pihak yang membantah rang tersebut, namun belum jelas sama ada ia sudah cukup untuk memuaskan hati para penunjuk perasaan.

Para penunjuk perasaan juga menuntuk agar Cik Lam meletak jawatan, selain menggesa agar satu siasatan bebas dijalankan ke atas tindakan polis terhadap para penunjuk perasaan dan supaya pemerintah menggugurkan takrif rusuhan bagi menyifatkan tunjuk perasaan yang bertukar ganas pada 12 Jun lalu.

Hong Kong diserahkan semula dari Britain kepada China pada 1997, dengan janji wilayah itu akan diberikan kuasa autonomi yang tinggi. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat kebimbangan tentang terhakisnya kebebasan tersebut di tangan Beijing.

Krisis berhubung rang undang-undang ekstradisi itu merupakan cabaran terbesar yang pernah dihadapi Beijing dalam tempoh 22 tahun sejak ia mengambil alih kuasa ke atas Hong Kong.

Kemunculan Cik Lam pada Selasa adalah yang pertama sejak satu sidang media diadakan seminggu lalu selepas para penunjuk perasaan dilaporkan mengepung dan menggeledah bangunan perundangan di tengah-tengah bandar itu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan