Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rancangan Israel rampas bahagian Tebing Barat 'tidak sah': Ketua Hak Asasi PBB

Tindakan Israel merampas beberapa bahagian Tebing Barat yang ditakluki jelas "tidak sah", kata ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin, sambil memberi amaran bahawa ia mungkin membawa akibat amat buruk.

Anggaran Waktu Membaca:
Rancangan Israel rampas bahagian Tebing Barat 'tidak sah': Ketua Hak Asasi PBB

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Jun 2020 02:43PM Dikemas Kini : 30 Jun 2020 02:46PM

GENEVA: Tindakan Israel merampas beberapa bahagian Tebing Barat yang ditakluki jelas "tidak sah", kata ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin, sambil memberi amaran bahawa ia mungkin membawa akibat amat buruk.

Hanya beberapa hari sebelum Israel memulakan rancangan untuk merampas kawasan-kawasan di Tebing Barat dan Lembah Jordan, Cik Michelle Bachelet menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk membatalkan rancangan itu.

"Rampasan tanah adalah haram. Muktamad," menurut Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB itu dalam satu kenyataan.

"Mana-mana pun rampasan tanah. Sama ada 30 peratus daripada Tebing Barat ataupun lima peratus, katanya.

Beliau turut menggesa Israel untuk mendengar nasihat mantan pegawai kanan dan jeneralnya sendiri, serta banyak suara di seluruh dunia yang memberi amaran supaya tindakan berbahaya itu tidak diteruskan.

Kecaman antarabangsa terhadap rancangan rampasan Israel semakin meningkat menjelang 1 Julai, apabila negara itu mungkin mengambil langkah-langkah pertama untuk melaksanakan pelan damai Timur Tengah yang dicadangkan Amerika Syarikat (AS).

Usulan oleh Presiden AS, Donald Trump yang ditolak sepenuhnya oleh penduduk Palestin, membuka laluan untuk bahagian-bahagian penting dirampas di Tebing Barat.

Ini termasuk petempatan yang sudah lama dianggap salah di bawah undang-undang oleh kebanyakan masyarakat antarabangsa.

Cik Bachelet turut mendesak Israel untuk merubah hala tuju dan memberi amaran bahawa "kesan akibat rampasan itu akan kekal selama beberapa dekad" dan akan amat buruk bagi Israel dan Palestin. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan