Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rampasan pil kuda terbesar di Kelantan

Polis Kelantan merampas lebih sejuta biji dadah dipercayai pil kuda bernilai RM23.6 juta (S$7.8 juta) dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Banggol Setol, Alor Pasir, Pasir Mas Khamis lalu (20 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Rampasan pil kuda terbesar di Kelantan

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 23 Sep 2018 05:58PM Dikemas Kini : 23 Sep 2018 06:02PM

KOTA BHARU: Polis Kelantan merampas lebih sejuta biji dadah dipercayai pil kuda bernilai RM23.6 juta (S$7.8 juta) dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Banggol Setol, Alor Pasir, Pasir Mas Khamis lalu (20 Sep).

Ketua Polis Kelantan Encik Hasanuddin Hasaan berkata rampasan berkenaan adalah yang terbesar dilakukan oleh polis Kelantan pada tahun ini membabitkan pil jenis berkenaan.

Beliau berkata seorang pemandu lori berusia 31 tahun yang juga dipercayai sebagai penjaga stor rumah berkenaan turut ditahan dalam serbuan pada jam 1.15 pagi itu.

“Pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemui lima guni mengandungi 197 bungkusan berisi pil disyaki pil kuda.

"Lelaki yang ditahan itu bagaimanapun tidak mempunyai sebarang rekod lampau berkaitan dadah dan negatif ujian air kencing,” katanya di sidang mediadi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, hari ini (23 Sep).

Encik Hasanuddin berkata siasatan yang dijalankan mendapati aktiviti pengedaran dadah di kawasan berkenaan sudah bermula sejak Ogos tahun lalu dan kawasan pengedaran adalah sekitar Rantau Panjang dan Kota Bharu.

Beliau berkata lelaki berkenaan direman selama tujuh hari bermula Khamis (20 sept) hingga Rabu (26 Sept) ini di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Polis juga masih meneruskan siasatan untuk mengenalpasti sindiket-sindiket yang terlibat dalam pengedaran dadah di negeri ini," katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan