Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ramadan di Bosnia: Masjid kembalikan tradisi khatam al-Quran selepas 30 tahun

Masjid Ferhadiye di Sarajevo, ibu kota Bosnia dan Herzegovina kembalikan tradisi khatam al-Quran sepanjang Ramadan ini selepas terhenti selama 30 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Ramadan di Bosnia: Masjid kembalikan tradisi khatam al-Quran selepas 30 tahun

Gambar hiasan. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 17 Apr 2021 09:27PM Dikemas Kini : 18 Apr 2021 04:36AM

BELGRADE: Masjid Ferhadiye di Sarajevo, ibu kota Bosnia dan Herzegovina kembalikan tradisi khatam al-Quran sepanjang Ramadan ini selepas terhenti selama 30 tahun.

Masjid bersejarah yang dibina pada kurun ke-16 itu antara yang dimusnahkan dalam perang Bosnia 1992-1995 oleh tentera Serbia dan dibuka semula pada 2016, menurut laporan Agensi Anadolu.

Sepanjang Ramadan ini, masjid tersebut memulakan semula tradisi tadarus dengan bacaan al-Quran bermula setiap hari pada 11.30 pagi, waktu tempatan yang turut disiarkan di internet.

"Kami bawakan hafiz selepas 30 tahun bagi mendengarkan bacaan ayat-ayat al-Quran," kata
Imam Muhamed Velic kepada Agensi Anadolu sambil menambah bahawa amat penting sekali baginya untuk meneruskan tradisi tersebut. "Ferhadiye meninggalkan tradisi ini agak lama, tetapi amat penting untuk ia diteruskan," katanya.

Bagi tahun ini, sesi tadarus dikendalikan empat hafiz al-Quran dan imam masjid berkenaan.

Masjid Ferhadiye adalah antara contoh struktur seni bina Islam paling indah ketika zaman Uthmaniah di Balkan.

Ia rosak teruk dalam dua kebakaran pada 1697 dan 1879.

Tentera Serbia meletupkan Masjid Ferhadija pada malam 6–7 Mei 1993 semasa perang Bosnia.

Ia kemudian dibina semula dan dibuka pada 7 Mei 2016. 

Sumber : Bernama/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan