Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat Saudi siap sedia berdepan cuaca sejuk dahsyat sehingga paras bawah sifar

Rakyat Saudi sekarang ini perlu bersiap sedia untuk berdepan dengan gelombang cuaca paling sejuk di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Saudi siap sedia berdepan cuaca sejuk dahsyat sehingga paras bawah sifar

Gambar hiasan cuaca yang begitu sejuk. (Gambar: KARL-JOSEF HILDENBRAND / DPA / AFP)

Diterbitkan : 27 Dec 2017 12:11AM Dikemas Kini : 27 Dec 2017 01:00AM

JEDDAH: Rakyat Saudi sekarang ini perlu bersiap sedia untuk berdepan dengan gelombang cuaca paling sejuk di negara itu.

Dipanggil "Bard Al-Ansaf", ia dijangka mencapai kemuncaknya atau mencecah suhu sejuk terendah pada hari ini dan esok (27 & 28 Dis) - menurut pakar-pakar seperti yang dipetik oleh laman Saudi Gazette.

"Dalam tempoh ini suhu akan jatuh sehingga tujuh darjah Selsius di kebanyakan daerah di Arab Saudi manakala sebahagian daerah di bahagian utara akan mengalami suhu di bawah sifar," kata seorang pakar cuaca.

Seorang jurucakap Penguasa Utama Meteorologi dan Perlindungan Sekitaran mengecualikan kemungkinan turunnya salji semasa musim sejuk dahsyat ini.

"Ramalan cuaca menunjukkan bahawa semua daerah di Saudi akan dilanda deruan angin sejuk yang dahsyat dengan suhu menjunam dan daerah bahagian utara pula mengalami suhu di bawah sifar," kata beliau.

Seorang Profesor Geografi di Universiti Qassim, Dr Abdullah Al-Musnad, berkata Saudi sudah memasuki tempoh "Bard Al-Ansaf", di mana cuasa sejuk berada pada kemuncaknya.

Beliau berkata suhu akan menjunam di bahagian utara manakala deruan angin sejuk secara tiba-tiba akan melanda bahagian tengah dan timur mulai semalam (26 Dis).

"Deruan angin sejuk itu akan mencecah paras paling dahsyat hari ini dan esok," kata Dr Abdullah kepada akhbar Al-Hayat Arabic.

Meskipun pakar cuaca mengatakan semua daerah di Saudi akan dibelenggu cuaca sejuk yang mencecah paras bawah tujuh darjah Selsius, suhu dari satu daerah ke daerah lain tidak banyak berbeza, lapor Saudi Gazette.

Suhu akan terus turun pada sebelah malam dengan musim sejuk mencecah puncaknya dalam tempoh dua minggu mendatang disebabkan angin sejuk yang bertiup dari padang pasir Siberia, menurut Dr Abdullah lagi.

"Terdapat angin kencang dalam tempoh 72 jam mendatang menyebabkan kadar penglihatan menjadi kurang jelas di lebuh raya disebabkan oleh kumpulan udara sejuk dari lembangan timur Laut Mediterranean sekali dengan aliran udara panas dari Laut Merah," jelas beliau. 

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan