Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat New Zealand keluar mengundi hari ini

Rakyat New Zealand keluar mengundi pada Sabtu (17 Okt). Perdana Menteri Jacinda Ardern diramal akan terus memimpin negara itu menyusuli kejayaannya menangani pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat New Zealand keluar mengundi hari ini

Perdana Menteri Jacinda Ardern diramal akan terus memimpin negara itu menyusuli kejayaannya menangani pandemik COVID-19. (Gambar: AP/Mark Baker)

Diterbitkan : 17 Oct 2020 01:31PM Dikemas Kini : 17 Oct 2020 01:34PM

WELLINGTON: Rakyat New Zealand keluar mengundi pada Sabtu (17 Okt). Perdana Menteri Jacinda Ardern diramal akan terus memimpin negara itu menyusuli kejayaannya menangani pandemik COVID-19.

Cik Ardern turut mengagihkan biskut keju yang dibuatnya sendiri kepada para relawan kempen pilihan rayanya pada pagi Sabtu di Auckland dan beliau kelihatan tenang sedang beliau menunggu keputusan pilihan raya yang bakal diumumkan malam ini.

Tinjauan pendapat sebelum pilihan raya ini diadakan menunjukkan Parti Buruh pimpinan Cik Ardern memperolehi sokongan sebanyak 46 peratus, lebih 15 mata mendahalui parti pembangkang, Parti Nasional.

Semasa keluar berkempen, Cik Ardern disambut seperti bintang rock oleh ramai orang yang memberikan sokongan dan bergambar dengannya.

Populariti Cik Ardern terus menjulang pada awal tahun ini - yang menyifatkan pilihan raya kali ini sebagai "pilihan raya COVID-19" - menyusuli kejayaannya membendung penularan virus korona di negara tersebut.

Buat masa ini, tiada penularan dalam masyarakat dan rakyat seramai lima juta itu tidak lagi diwajibkan memakai pelitup mahupun menjaga jarak selamat.

Tema yang menjadi teras kempen pilihan raya beliau ialah 'bersatu padu mengharungi masa yang tidak menentu' turut menyerlahkan karisma kepimpinan beliau, bukan setakat semasa COVID-19 tetapi juga krisis yang terpaksa ditempuhi sepanjang tiga tahun beliau menyandang jawatan itu.

Ini termasuk serangan pelampau lelaki kulit putih yang menembak mati 51 jemaah masjid di Christchurch pada Mac tahun lalu serta letupan gunung berapi pada Disember lalu yang mengorbankan 21 orang.

"Apa jua krisis yang melanda, saya memberi jaminan yang saya akan melakukan apa saja yang termampu, walaupun terpaksa membuat pengorbanan besar," katanya minggu ini.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan