Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat M'sia di luar negara kecewa kertas undi lambat diterima

Beberapa rakyat Malaysia yang berada di luar negara menyuarakan keprihatinan mereka selepas mendapati mereka akan hanya menerima kertas undi mereka beberapa hari sebelum pilihan raya diadakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat M'sia di luar negara kecewa kertas undi lambat diterima

(Gambar fail: Tengku Bahar/ AFP)

Diterbitkan : 06 May 2018 05:22PM Dikemas Kini : 06 May 2018 05:25PM

KUALA LUMPUR: Beberapa rakyat Malaysia yang berada di luar negara menyuarakan keprihatinan mereka selepas mendapati mereka akan hanya menerima kertas undi mereka beberapa hari sebelum pilihan raya diadakan.

Malah, bagi seorang mahasiswa Malaysia, Ana (bukan nama sebenar) di Britain, beliau hanya akan menerima kertas undinya pada 9 Mei - iaitu pada hari mengundi itu sendiri.

Menurut garis panduan baru yang ditetapkan, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengirimkan kertas undi kepada para pengundi di luar negara, kecuali jika mereka menetap di Singapura atau Selatan Thailand. Terserah kepada pengundi untuk mengirimkan semula kertas undi itu kepada kawasan undi masing-masing sebelum jam 5.00 petang pada 9 Mei, tidak kira di mana mereka berada.

"Pasti Suruhanjaya Pilihan Raya tahu kalau kertas undi tidak mungkin dapat dihantar semula tepat pada masanya," kata Ana kepada Mediacorp.

Beliau kecewa kerana ini merupakan kali pertamanya mengundi.

Seorang lagi rakyat Malaysia yang menetap di New Jersey, Charlene Wong-Podany, juga meluahkan keprihatinan yang sama.

"Kertas undi saya hanya akan sampai pada lewat 7 Mei, iaitu pada pagi 8 Mei mengikut waktu Malaysia," kata beliau.

Maka itu, mustahil baginya untuk ikut mengundi kerana kertas undinya tidak mungkin dapat dihantar kembali ke Malaysia tepat pada waktunya.

RANCANGAN RAPI DIJALANKAN

Setakat April 2018, hampir 5,000 rakyat Malaysia membuat permohonan untuk mengundi dari luar negara melalui kiriman pos, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya. Ini meskipun kumpulan pembaharuan Global Bersih menyatakan bahawa lebih 2 juta rakyat Malaysia menetap di luar negara.

Kaedah ini pertama kali dibenarkan pada 2013. Bagaimanapun, ketika itu, kedutaan Malaysia di luar negara ditugaskan untuk mengumpul kertas undi dan membawa kertas-kertas undi itu kembali ke Malaysia tepat pada waktunya.

Bagi pilihan raya akan datang, ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Mohd Hashim Abdullah, berkata ia sudah mengeluarkan mandat kepada Pos Malaysia dan beliau "yakin mereka mampu menjalankan tanggungjawab mereka".

"InsyaAllah, semua pengundi akan menerima kertas undi mereka tepat pada waktunya," kata beliau kepada media semalam (5 Mei).

"Malah saya sudah dimaklumkan bahawa mereka yang berada di Korea Selatan sudah menerima kertas undi mereka dan mengirimkannya kembali. Ada juga yang memberitahu panel Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa sesetengah rakyat di Australia juga sudah menerimanya."

Encik Mohd Hashim turut menolak tentang kemungkinan terdapat masalah "teknikal".

"Kami sudah menetapkan rangka masa bagi mereka yang ingin mengundi dan hantar semula undi mereka... sejauh ini, semua berjalan seperti yang dirancang," kata beliau.

JUMLAH PENGUNDI DI LUAR NEGARA KECIL, NAMUN SAMA PENTING

Sejauh ini, Suruhanjaya Pilihan Raya belum lagi memberi perkembangan tentang jumlah pengundi di luar negara. Perangkaan yang diberikan pada April hanya membentuk peratusan kecil berbanding 14.9 juta pengundi berdaftar di luar negara.

Bagaimanapun, undian dari rakyat Malaysia di luar negara dijangka masih mempunyai pengaruh dalam menentukan jumlah peratusan pengundi di sesebuah kawasan.

Para sukarelawan Global Bersih sudahpun menawarkan bantuan untuk mengumpul kertas undi dan membawanya pulang ke Kuala Lumpur dari tempat-tempat seperti New Zealand. Ada juga yang menawarkan secara sukarela melalui platform-platform media sosial untuk membawa kertas undi mereka ke Malaysia.

Ini bukan kali pertama gerakan seperti ini muncul menjelang hari mengundi akan datang. Bulan lalu, hashtag #PulangMengundi menjadi wadah bagi para penaja menerbangkan pulang pengundi-pengundi di luar kota ke kawasan undi mereka.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan