Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat Jerman keluar mengundi pilih pengganti Merkel

Pilihan Raya Umum Jerman sedang berlangsung.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Jerman keluar mengundi pilih pengganti Merkel

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 26 Sep 2021 08:37PM Dikemas Kini : 26 Sep 2021 08:38PM

BERLIN: Pilihan Raya Umum Jerman sedang berlangsung.

Keputusannya akan menentukan siapa yang bakal menggantikan Canselor Angela Merkel untuk menerajui ekonomi terbesar Eropah itu.

Canselor Merkel membuat keputusan mengundurkan diri selepas berkuasa selama 16 tahun.

Beliau ialah Canselor Jerman yang pertama berbuat demikian.

Beberapa nama disebut-sebut sebagai bakal pengganti beliau namun perhatian tertumpu kepada Encik Olaf Scholz dari parti Sosial Demokrat.

Namun beliau mendapat saingan sengit daripada Armin Laschet, pengganti Cik Merkel dalam parti CDU yang berfaham konservatif.

Menjelang hari mengundi, sekitar 40 peratus pengundi berkata mereka belum menentukan pilihan mereka.

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan