Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat derma hampir S$2.3 juta dalam 24 jam kepada 'Tabung Harapan' M'sia

Hanya dalam tempoh 24 jam selepas ia dilancarkan, Tabung Harapan Malaysia sudahpun mengumpulkan lebih RM7 juta (S$2.3 juta) sehingga pukul 3.00 petang tadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat derma hampir S$2.3 juta dalam 24 jam kepada 'Tabung Harapan' M'sia

Gambar fail ringgit Malaysia. (Gambar: AFP/TENGKU BAHAR)

Diterbitkan : 31 May 2018 05:51PM Dikemas Kini : 31 May 2018 05:54PM

PUTRAJAYA: Hanya dalam tempoh 24 jam selepas ia dilancarkan, Tabung Harapan Malaysia sudahpun mengumpulkan lebih RM7 juta (S$2.3 juta) sehingga pukul 3.00 petang tadi (31 Mei).

Dana itu ditubuhkan untuk orang ramai menyumbang ke arah melangsaikan hutang negara.

"Ini benar-benar satu pencapaian yang memberangsangkan," kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng menerusi satu kenyataan media, bagi mengumumkan kiraan derma sejauh ini.

"Ternyata, rakyat Malaysia membuktikan semangat cinta negara mereka di peringkat yang lebih tinggi lagi, sanggup mengeluarkan elaun dan duit lebihan untuk membantu membangunkan semula negara yang kita semua sayangi."

Encik Lim berkata kementerian kewangan "berbesar hati dengan sifat murah hati rakyat Malaysia", sambil menekankan usaha-usaha seorang aktivis muda yang juga lulusan undang-undang, Shazarina Bakti, yang memulakan inisiatif pendanaan awam online yang serupa.

Tindakannya itu menjadi inspirasi kepada kerajaan Malaysia untuk menubuhkan Tabung Harapan tersebut seminggu kemudian.

"Semangat harapan dan perpaduan inilah yang mendorong kerajaan Pakatan Harapan untuk melangkah ke hadapan bagi memenuhi manifesto yang dijanjikan kepada rakyat," kata Encik Lim.

Beliau turut mengesahkan lagi komitmen kerajaan untuk "telus tentang setiap sen yang diterima", sambil menambah bahawa jumlah yang dikumpulkan akan dikemas kini setiap hari di laman Kementerian Kewangan Malaysia dan juga di wadah-wadah media sosialnya.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan