Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat Amerika dinasihat jangan keluar rumah semasa sambutan Thanksgiving

Keadaan penularan COVID-19 di Amerika Syarikat semakin membimbangkan. Sepanjang dua minggu lalu, jumlah pesakitnya yang dimasukkan ke hospital meningkat hampir 50%.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat Amerika dinasihat jangan keluar rumah semasa sambutan Thanksgiving

Gambar fail ibu pejabat Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Gambar: Reuters/Tami Chappell)

Diterbitkan : 20 Nov 2020 07:10PM Dikemas Kini : 20 Nov 2020 07:15PM

WASHINGTON: Keadaan penularan COVID-19 di Amerika Syarikat semakin membimbangkan. Sepanjang dua minggu lalu, jumlah pesakitnya yang dimasukkan ke hospital meningkat hampir 50%.

Lebih 79,000 orang sedang dirawat di hospital, bilangan tertinggi sejak pandemik itu bermula.

Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) menggesa rakyat negara itu supaya tidak melakukan perjalanan jauh semasa cuti hari Thanksgiving yang akan datang ini.

Mereka juga dinasihati merayakannya di rumah masing-masing.

Pada masa lalu, para pegawai Amerika pada umumnya enggan memberi panduan yang tegas mengenai perjumpaan privet semasa hari cuti dalam keadaan pandemik sekarang.

Namun, dengan kes-kes COVID-19 yang semakin meningkat ini, ia mendorong para gabenor untuk mengumumkan langkah-langkah baru di negara itu.

Bakal Presiden Joe Biden sudah pun berbincang dengan para gabenor negaranya tentang kemungkinan mewajibkan semua orang memakai pelitup. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan