Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Raja Thai perintah peraturan baru bagi tangani kesesakan trafik akibat kenderaan diraja

Raja Thailand Maha Vajiralongkorn mengarahkan polis supaya berhenti menutup jalan raya di Bangkok bagi kenderaan diraja, menurut seorang jurucakap kerajaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Raja Thai perintah peraturan baru bagi tangani kesesakan trafik akibat kenderaan diraja

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 13 Jan 2020 03:21PM Dikemas Kini : 13 Jan 2020 03:23PM

BANGKOK: Raja Thailand Maha Vajiralongkorn mengarahkan polis supaya berhenti menutup jalan raya di Bangkok bagi kenderaan diraja, menurut seorang jurucakap kerajaan.

Arahan itu dikeluarkan menyusuli kritikan yang jarang diutarakan berhubung kenderaan diraja dan kesulitan lain yang dihadapi oleh para penduduk Thailand dan ia dikongsi online sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Polis Thailand sebaliknya hanya akan menutup sebahagian jalan raya bagi kenderaan diraja, menurut jurucakap Narumon Pinyosinwat melalui laman Facebooknya.

Beliau juga memuat naik video yang memaparkan peraturan baru itu, yang juga termasuk membenarkan orang ramai untuk menggunakan jambatan di atas laluan kenderaan diraja.

"Baginda bimbang perjalanan diraja atau kerabat diraja akan menjejas perjalanan rakyat Thai," katanya dalam rakaman video itu.

Bangkok merupakan salah satu bandar yang paling sibuk di dunia, menduduki tempat ke-11 dalam tinjauan Global Traffic Scorecard 2017 oleh firma analitik lalu lintas, INRIX, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan