Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Raja Thai kurnia anugerah kepada penyelam Australia yang selamatkan pasukan 'Wild Boars'

Dua penyelam penyelamat Australia dianugerahi ‘Most Admirable Order of the Direkgunabhorn’ oleh Thailand sebagai menghargai jasa mereka dalam misi menyelamat 12 anggota pasukan ‘Wild Boars’ serta jurulatih mereka yang terperangkap di dalam gua Tham Luang, Chiang Rai, tahun lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
Raja Thai kurnia anugerah kepada penyelam Australia yang selamatkan pasukan 'Wild Boars'

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 19 Apr 2019 09:40PM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 09:43PM

BANGKOK: Dua penyelam penyelamat Australia dianugerahi ‘Most Admirable Order of the Direkgunabhorn’ oleh Thailand sebagai menghargai jasa mereka dalam misi menyelamat 12 anggota pasukan ‘Wild Boars’ serta jurulatih mereka yang terperangkap di dalam gua Tham Luang, Chiang Rai, tahun lepas.

Dr Richard Harris dan Dr Craig Challen menerima anugerah itu pada satu majlis di Rumah Kerajaan di Bangkok pada Jumaat (19 Apr). Mereka turut bertemu dengan Perdana Menteri Jen. Prayuth Chan-o-cha.

Ini kali pertama Dr Harris dan Dr Challen kembali ke Thailand selepas memainkan peranan penting dalam misi menyelamatkan 12 pemain muda pasukan Wild Boars serta jurulatih mereka yang terperangkap di dalam gua Tham Luang yang dimasuki air, hampir setahun lepas.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Australia, Dr Harris dipetik berkata beliau gembira dapat kembali semula ke Thailand.

“Kami tidak menjangka usaha menyelamat itu akan menjadi satu berita utama,” katanya.

Kedua-dua mereka akan ke Chiang Rai dan melawat gua Tham Luang selain bertemu pemain Wild Boars serta keluarga mereka.

“Kami teruja untuk berjumpa mereka dan pastikan mereka semua okay serta ingin tahu keadaan mereka selepas misi menyelamat itu,” kata Dr Harris.

Pada Januari lalu, kedua-duanya dinamakan ‘Australian of the Year’ - antara penghormatan tertinggi di negara itu.

Pada 23 Jun tahun lepas, 12 pemain pasukan bola sepak Wild Boars yang berusia 11 hingga 16 tahun bersama-sama jurulatih mereka berusia 25 tahun terperangkap ketika meneroka kompleks gua tersebut yang terletak di utara Chiang Rai selepas hujan lebat membanjiri laluan di dalam gua.

Mereka berjaya dikeluarkan selepas 17 hari berada di dalam gua tersebut.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan