Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Raja Saudi bakal lancarkan 'bandar hiburan'

Raja Saudi Salman akan melancarkan pembinaan "bandar hiburan" berdekatan Riyadh esok (25 Apr), menurut pihak berkuasa negara itu. Ini sebagai sebahagian daripada projek berbilion dolar untuk mempelbagaikan ekonomi yang kini bergantung dengan minyak mentah.

Anggaran Waktu Membaca:
Raja Saudi bakal lancarkan 'bandar hiburan'

Raja Salman menghadiri Sidang Puncak Liga Arab ke-29. (Gambar: BANDAR AL-JALOUD/AFP)

Diterbitkan : 25 Apr 2018 12:31AM Dikemas Kini : 25 Apr 2018 12:39AM

RIYADH: Raja Saudi Salman akan melancarkan pembinaan "bandar hiburan" berdekatan Riyadh hari ini (25 Apr), menurut pihak berkuasa negara itu. Ini sebagai sebahagian daripada projek berbilion dolar untuk mempelbagaikan ekonomi yang kini bergantung dengan minyak mentah.

Projek seluas 334 kilometer persegi di Qiddiya, barat daya ibu kota Riyadh, akan menandingi Walt Disney yang akan disertakan taman hiburan mewah, kemudahan sukan motor dan juga taman safari, menurut para pegawai.

Kemudahan tersebut merupakan "usaha yang berterusan untuk membangunkan projek-projek besar yang akan menyumbang kepada hasil ekonomi secara langsung atau tidak," kata seorang pegawai projek Fahd bin Abdullah Tounsi yang ditukil daripada kenyataan kerajaan kelmarin (23 Apr).

Ketua eksekutif Qiddiya Michael Reininger berkata beliau menjangkakan projek tersebut akan menarik pelabur dalam bidang hiburan dan bidang-bidang lain, tetapi tidak mendedahkan kos keseluruhan pembinaan projek tersebut.

Projek seperti itu merupakan idea Putera Mahkota Mohammed bin Salman, ejen perubahan liberal di Saudi yang turut meneraju program reformasi "Vision 2030".

Arab Saudi sudah menarik perhatian para pelabur dengan beberapa rancangan bagi "projek giga" canggih, yang dibiayai dana kerajaan. Namn begitu, terdapat beberapa orang yang mempersoalkan kemampanannya pada era di mana harga minyak kini murah.  

Sumber : AFP/FA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan