Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Raja Salman selamat jalani pembedahan buang hempedu

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, 84, selamat menjalani pembedahan bagi mengeluarkan hempedu pada Khamis (23 Jul), tiga hari selepas pemimpin itu dimasukkan ke hospital, menurut pihak istana.

Anggaran Waktu Membaca:
Raja Salman selamat jalani pembedahan buang hempedu

(Gambar fail)

Diterbitkan : 24 Jul 2020 09:10AM Dikemas Kini : 24 Jul 2020 09:12AM

RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, 84, selamat menjalani pembedahan bagi mengeluarkan hempedu pada Khamis (23 Jul), tiga hari selepas pemimpin itu dimasukkan ke hospital, menurut pihak istana.

Kerajaan Arab Saudi jarang melaporkan keadaan kesihatan Raja Salman yang sudah memerintah negara pengeluar minyak utama itu dan kuasa ekonomi terbesar dunia Arab sejak 2015.

Raja Salman adalah pemimpin kedua dari negara Teluk yang dimasukkan ke hospital selepas pemimpin Kuwait, Sheikh Sabah al-Ahmad Al-Sabah.

"Raja Salman sudah menjalani pembedahan laparaskopik untuk membuang hempedu hari ini di hospital pakar Raja Faisal di Riyadh," menurut pihak istana menerusi satu kenyataan yang dilaporkan oleh Saudi Press Agency (SPA).

Menurut kenyataan itu, Raja Salman akan berada di hospital buat seketika selepas menjalani pembedahan.

Raja Salman dimasukkan ke hospital Isnin lalu bagi menjalani beberapa ujian perubatan akibat hempedu yang bengkak.

Berita itu menyebabkan Perdana Menteri Iraq Mustafa Al Khademi untuk menangguhkan lawatan rasmi ke Arab Saudi yang dijadual bermula Isnin lalu.

Satu rakaman video pada Selasa lalu menunjukkan Raja Salman mempengerusikan mesyuarat Kabinet secara maya dari hospital.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan