Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah pernah menuntut di NUS

Malaysia sambut gembira Sultan Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ditabal sebagai Agong ke-16.

Anggaran Waktu Membaca:
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah pernah menuntut di NUS

Sultan Abdullah bersama isterinya. (Gambar: BERNAMA)

PEKAN: Malaysia sambut gembira Sultan Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ditabal sebagai Agong ke-16.

Pelbagai wadah media sosial dihujani dengan mesej "Daulat Tuanku" dan perjalanan istiadat pertabalan pada Khamis (31 Jan) disiarkan secara langsung dan meluas menerusi saluran televisyen tempatan mahupun Internet.

Dengan melafazkan sumpah, Sultan Abdullah berikrar akan melaksanakan pemerintahan dengan adil dan berjanji akan bersungguh-sungguh memelihara dan mempertahankan pada setiap masa kesucian agama Islam, keamanan dan kesejahteraan rakyat.

Isteri beliau, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar turut menarik perhatian ramai. Pelbagai kisah penuh inspirasi tentang dirinya menjadi buah mulut orang. Antaranya termasuk tentang kecekalan dan ketabahannya untuk menimang cahaya mata. Beliau dikatakan pernah mengalami keguguran sebanyak 16 kali semasa menjalani proses rawatan kesuburan.

Seperti apakah sosok Raja Permaisuri Agong sebenarnya?

Ternyata, Tunku Azizah mempunyai sedikit sejarah di Singapura. Wanita yang dilahirkan pada 5 Ogos 1960 di Johor Bahru itu pernah menuntut di Universiti Nasional Singapura pada tahun 1982.

Semestinya, selepas suaminya naik takhta dan angkat sumpah Agong ke-16, khabar gembira itu turut menarik perhatian segelintir siswazah NUS. Biodata Tunku Azizah juga dikongsi secara meluas oleh media tempatan yang turut melaporkan dirinya menuntut di NUS dari tahun 1982-1983 bagi pengajian sains politik dan sosiologi.

Beberapa siswazah yang meninggalkan komen bagi laporan-laporan media tempatan di Facebook menyatakan bahawa Tunku Azizah sememangnya seseorang yang sangat rendah diri walaupun beliau berasal daripada sebuah keluarga diraja.

Tunku Azizah adalah anak keempat Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah. Beliau dilahirkan di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru.

"Permaisuri Agong dan saudara perempuannya begitu rendah diri semasa menuntut di NUS. Anda tidak akan sedar bahawa mereka sebenarnya daripada keluarga diraja. Beliau hanya memakai sepasang seluar jean dan kemeja-T," tulis seorang pengguna Facebook, Noi Rahman.

Ramai pengguna Facebook juga berkongsi bahawa saudara perempuannya, Tengku Mariam, juga menuntut di NUS bagi pengajian undang-undang.

Tunku Azizah berkahwin dengan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekitar empat tahun kemudian pada 6 Mac 1986. Sultan Abdullah ketika itu Tengku Mahkota Pahang.

Mereka dikurniakan sembilan orang anak. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan