Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Raja Bomoh muflis, tidak boleh bertanding dalam PRU14

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin tidak bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk kerana muflis.

Anggaran Waktu Membaca:
Raja Bomoh muflis, tidak boleh bertanding dalam PRU14

'Raja Bomoh' Malaysia, Ibrahim Mat Zin. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 28 Apr 2018 12:20PM Dikemas Kini : 28 Apr 2018 12:23PM

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin tidak bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk kerana muflis.

Raja Bomoh yang sebelum ini mengumumkan hasrat bertanding kerusi itu tidak kelihatan di pusat penamaan calon di Dewan Gemilang, Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk di sini sehingga tempoh penamaan calon ditutup pukul 10.00 pagi.

Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata bahawa Ibrahim diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Ketakmampuan Bayar.

“Saya mengalu-alukan kedatangannya tetapi dia ada masalah dan itu bukan tanggungjawab kita," katanya pada sidang media selepas proses penamaan calon hari ini (28 Apr).

Encik Ibrahim mengumumkan pengundurannya daripada bertanding di kawasan Parlimen Bagan Datuk bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menerusi laman sosial Facebook “Raja Bomoh Politik” petang semalam (27 Apr).

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan