Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Queensland beri amaran mungkin laksana sekatan COVID-19

Queensland, wilayah dengan jumlah penduduk ketiga tertinggi Australia, menyatakan pada Sabtu (11 Sep) ia mungkin melaksanakan langkah sekatan segera setelah kelompok kes COVID-19 dikesan, ketika negara itu mencatat rekod baru jumlah kes harian.

Anggaran Waktu Membaca:
Queensland beri amaran mungkin laksana sekatan COVID-19

(Gambar: AFP/Patrick Hamilton)

Diterbitkan : 11 Sep 2021 11:00PM Dikemas Kini : 11 Sep 2021 11:24PM

CANBERRA: Queensland, wilayah dengan jumlah penduduk ketiga tertinggi Australia, menyatakan pada Sabtu (11 Sep) ia mungkin melaksanakan langkah sekatan segera setelah kelompok kes COVID-19 dikesan, ketika negara itu mencatat rekod baru jumlah kes harian.

Wilayah Queensland, dengan lebih 5 juta penduduk, menyatakan ia mengesan lima jangkitan baru dalam tempoh 24 jam lalu setelah sebuah keluarga disahkan positif COVID-19. Beberapa hari akan datang adalah masa genting untuk menentukan sama ada langkah sekatan perlu diambil, kata pihak berkuasa.

"Jika kita mula melihat penularan lanjut, kita mungkin perlu mengambil langkah segera, pantas. Namun buat masa ini, ia terhad dalam keluarga berkenaan," kata ketua menteri wilayah Annastacia Palaszczuk.

Keluarga itu tinggal di Brisbane, ibu kota wilayah itu. Belum jelas sama ada langkah sekatan akan dilaksanakan ke atas hanya bahagian- bahagian tertentu wilayah itu, seperti yang dilakukan sebelum ini.

New South Wales, wilayah paling ramai penduduk di Australia dan juga di mana terletaknya Sydney, kini berada di bawah langkah sekatan. Begitu juga bandar Melbourne dan Canberra. Jika langkah sekatan dilaksanakan di Queensland akan memberi satu lagi tamparan kepada ekonomi Australia yang bernilai AUD$2 trilion (S$1.97 trilion), yang berisiko terjerumus ke dalam kemelesetan keduanya dalam tempoh dua tahun.

Australia pada Sabtu mencatatkan 2,077 jangkitan, melebihi rekod 1,903 pada hari sebelumnya. New South Wales, yang diletakkan di bawah perintah duduk di rumah yang ketat selama hampir tiga bulan, mengesan 1,599 jangkitan baru.

Sementara itu wilayah Victoria melaporkan 450 kes baru jangkitan tempatan, kenaikan terbesar dalam sehari bagi kes tempatan sejak lebih setahun.

Australia kini mencatatkan hampir 73,000 kes COVID-19 dengan 1,084 meninggal dunia.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan