Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Qatar peruntuk AS$480 juta bagi bantu Palestin

Qatar mengumumkan pada Selasa (7 Mei) pihaknya memperuntukkan bantuan AS$480 juta (S$655 juta) bagi Penguasa Palestin (Palestinian Authority) yang kesuntukan dana, untuk menyokong khidmat pendidikan dan kesihatan serta menyumbang bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Qatar peruntuk AS$480 juta bagi bantu Palestin

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 07 May 2019 03:39PM Dikemas Kini : 07 May 2019 03:43PM

DOHA: Qatar mengumumkan pada Selasa (7 Mei) pihaknya memperuntukkan bantuan AS$480 juta (S$655 juta) bagi Penguasa Palestin (Palestinian Authority) yang kesuntukan dana, untuk menyokong khidmat pendidikan dan kesihatan serta menyumbang bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan.

Penguasa yang diketuai Mahmoud Abbas itu terjejas teruk sejak dua sumber pendapatan utamanya disekat.

Washington menamatkan semua bantuan dua hala sebagai tindak balas terhadap tindakan Palestin memutuskan semua hubungan selepas Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel pada 2017.

Pertikaian dengan Israel pula menyebabkan saluran hasil cukai kastam dihentikan.

"Negara Qatar memperuntuk geran dan pinjaman bernilai AS$300 juta (S$409 juta) untuk menyokong perbelanjaan sektor kesihatan dan pendidikan Penguasa Palestin," menurut laporan Qatar News Agency.

Pihaknya menyatakan, Doha juga memperuntukkan lagi AS$180 juta (S$245 juta) dalam bentuk "bantuan segera dan bantuan kemanusiaan bagi menyokong program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Palestin."

Bantuan juga akan disalurkan ke sektor tenaga untuk memastikan bekalan kuasa elektrik tidak terganggu, menurut kenyataan itu.

Qatar, yang kaya dengan sumber gas, merupakan penderma utama kepada rakyat Palestin. Negara itu menderma kepada kedua-dua Penguasa Palestin yang berpangkalan di Tebing Barat dan kumpulan Hamas yang memerintah Gaza.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan