Qatar kecam serangan udara sasarkan Riyadh
Qatar pada Isnin (25 Jan) mengecam sekeras-kerasnya percubaan serangan udara ke atas Riyadh, Arab Saudi, lapor agensi berita Anadolu.
ANKARA: Qatar pada Isnin (25 Jan) mengecam sekeras-kerasnya percubaan serangan udara ke atas Riyadh, Arab Saudi, lapor agensi berita Anadolu.
Serangan udara itu disifatkan "tindakan berbahaya terhadap orang awam dan bertentangan dengan norma serta undang-undang antarabangsa," memetik kenyataan Kementerian Luar Qatar.
Menurut kenyataan itu lagi, Qatar menolak sebarang unsur keganasan, kekacauan dan tindakan jenayah tidak kira apa jua motif serta alasan.
Perikatan yang dipimpin Arab Saudi di Yaman menyatakan pada Sabtu pihaknya menembak jatuh peluru berpandu atau dron di Riyadh.
Namun tiada butiran lanjut diberikan oleh perikatan itu, tetapi media Arab Saudi melaporkan bedilan peluru berpandu itu dilancarkan oleh puak Houthi.
Houthi bagaimanapun belum memberikan sebarang reaksi balas mengenai laporan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.