Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Qatar Airways pertama di dunia kendali penerbangan dengan penumpang, anak kapal divaksin sepenuhnya

Penerbangan pertama di dunia yang membawa hanya mereka yang sudah divaksin, berlepas pada Selasa (6 April), membawa para penumpang dan anak kapal yang sudah disuntik dengan vaksin COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Qatar Airways pertama di dunia kendali penerbangan dengan penumpang, anak kapal divaksin sepenuhnya

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Apr 2021 06:39PM Dikemas Kini : 06 Apr 2021 06:41PM

DOHA: Penerbangan pertama di dunia yang membawa hanya mereka yang sudah divaksin, berlepas pada Selasa (6 April), membawa para penumpang dan anak kapal yang sudah disuntik dengan vaksin COVID-19.

Para penumpang yang menaiki pesawat QR6421 Qatar Airways juga dilayan oleh kakitangan yang sudah divaksin sepenuhnya semasa daftar masuk untuk menaiki pesawat, umum syarikat penerbangan itu dalam kenyataan medianya.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad pada pukul 11.00 pagi waktu tempatan (4.00 petang waktu Singapura) dan akan pulang ke Doha pada 2.00 petang.

Menurut Qatar Airways, penerbangan itu dilengkapi dengan pelbagai langkah keselamatan dan kebersihan, termasuk teknologi hiburan dalam pesawat "Zero-Touch" atau bebas sentuhan.

Syarikat penerbangan itu menambah bahawa pesawat Airbus A350-1000 juga mengimbangi pelepasan karbon sepenuhnya.

Ketua Eksekutif Kumpulan Qatar Airways Akbar Al Baker menegaskan penerbangan itu turut menunjukkan bahawa "tahap seterusnya" dalam pemulihan perjalanan antarabangsa tidak jauh.

"Dengan penerbangan menjadi pemacu ekonomi yang kritikal di peringkat global dan juga di Qatar, kami berterima kasih atas sokongan dari pemerintah dan pihak berkuasa kesihatan tempatan untuk memvaksin kakitangan kami, dengan lebih 1,000 vaksin disuntik setiap hari," tambah beliau.

Syarikat penerbangan itu juga mengumumkan bahawa ia adalah syarikat pertama di Timur Tengah yang menguji Pas Perjalanan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Pas perjalanan itu adalah sebuah aplikasi yang boleh digunakan oleh para penumpang untuk mendapatkan dan menyimpan hasil ujian COVID-19 mereka daripada makmal-makmal yang bertauliah.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan