Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pyongyang kecam sekatan baru PBB ke atas Korea Utara

Korea Utara mengecam sekatan-sekatan baru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Pyongyang kerana ujian-ujian peluru berpandu yang dijalankannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Dec 2017 08:10PM Dikemas Kini : 24 Dec 2017 09:11PM

Pyongyang: Korea Utara mengecam sekatan-sekatan baru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Pyongyang kerana ujian-ujian peluru berpandu yang dijalankannya.

Pyongyang juga mengancam untuk menghukum mereka yang menyokong sekatan-sekatan baru itu sebagai satu "tindakan perang".

Ini merupakan reaksi pertama Korea Utara sehari selepas Majlis Keselamatan PBB meluluskan sekatan-sekatan baru ke atasnya.

Ia merupakan pusingan ketiga sekatan ke atas Pyongyang tahun ini dan akan menghadkan bekalan minyak untuk Korea Utara.

Sekatan-sekatan baru itu juga mengarahkan penghantaran pulang para pekerja Korea Utara.

Pyongyang sebelum ini menyifatkan sekatan-sekatan baru itu sebagai satu sekatan menyeluruh ke atas ekonomi Korea Utara.

Sekutu Pyongyang, China juga menyokong sekatan-sekatan baru tersebut.

Sekatan-sekatan itu diperkenalkan kira-kira tiga minggu selepas Pyongyang menjalankan ujian peluru berpandu Peluru Berpandu Balistik Rentas Benua (ICBM) yang didakwa boleh sampai ke bandar-bandar utama Amerika Syarikat.

Korea Utara mendakwa program senjata nuklearnya adalah untuk pertahanan negaranya.

Sumber : Reuters/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan