Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putrajaya terima 4 tawaran ambil alih MAS, kata Dr Mahathir

Malaysia sudah menerima empat tawaran daripada syarikat-syarikat yang berminat untuk mengambil alih syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Bhd, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Anggaran Waktu Membaca:
Putrajaya terima 4 tawaran ambil alih MAS, kata Dr Mahathir

Gambar fail logo Malaysia Airlines. (Gambar: Greg Wood/AFP)

Diterbitkan : 09 Jul 2019 04:47PM Dikemas Kini : 09 Jul 2019 04:49PM

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia sudah menerima empat tawaran daripada syarikat-syarikat yang berminat untuk mengambil alih syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Bhd, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata belum ada sebarang keputusan dibuat berkenaan tawaran pengambilalihan itu, dan kerajaan perlu meneliti kesemua cadangan yang dikemukakan.

“Banyak orang buat tawaran, ada yang beli, ada yang nak uruskan sahaja... kita sedang mengkaji cadangan-cadangan ini.

“Kami perlu mengkajinya dengan teliti, sebab kita dah tukar banyak kali... tak jadi... oleh itu kita perlu cara seseorang yang ada pengalaman,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penutupan Persidangan TVET 2019, di Putrajaya hari ini (9 Jul).

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perjumpaan beliau bersama Pengasas Bersama Kumpulan AirAsia Bhd Pahamin Ab Rajab, baru-baru ini.

Dr Mahathir berkata banyak syarikat tempatan yang menghantar cadangan untuk mengambil alih syarikat penerbangan itu.

Mereka merasakan mampu memulihkan syarikat penerbangan itu dan sebelum ini pun banyak orang yang dilantik tetapi tiada perubahan, katanya.

Media sebelum ini melaporkan Encik Pahamin menyatakan hasrat untuk ‘menyelamatkan Malaysia Airlines dengan cadangan pengambilalihan beliau telah dikemukakan kepada Dr Mahathir.

Dalam pertemuan itu, Encik Pahamin dan rakan usahawannya yang lain dilaporkan meletakkan sasaran tempoh 18 bulan untuk membantu kerajaan memulihkan Malaysia Airlines, selain menjanjikan tiada pembuangan pekerja.

Sumber : Bernama/TQ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan